UMARvellous

We are marvellous!

Iklan Solat Yang Kool..

Saya suka iklan ini.. Ia kelihatan kool dan berisi.. Sangat kurang iklan sebegini di Malaysia.. Ya mungkin ada.. Tapi bermusim.. Seperti musim puasa atau raya.. Barulah iklan yang ada makna sebegini akan ditayangkan..

Barang siapa yang tau bahasa Arab tu, boleh translate apa Pak Arab tu cakap? Saya memang sepatah haram tak paham.. Harap pernah amik bahasa arab je time kat UiTM dulu.. Huhu..

Share

Badminton Malaysia @ India Open

Hafiz Hashim kalah di final dengan Taufik Hidayat.. Agak sedih.. Tapi takpe.. Sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam prestasi dia yang selama ini lebih suka untuk sampai ke tahap saringan sahaja.. Semoga dia menjadi lebih maju selepas ini..

Berita gembira.. Beregu veteran badminton kita iaitu Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah menang perlwanan akhir dengan gayanya.. Cuma tidak sampai 20 minit yang diperlukan untuk mengalahkan beregu Singapura.. Ini patut dijadikan contoh kepada beregu muda yang semakin ketandusan kemenangan..

Semenjak, 2 menjak, 3 menjak ni saya juga rajin bermain badminton.. Seminggu sekali di dewan MBSA.. Terima kasih diucapkan kepada Encik Luban yang merupakan rakan lama UiTM kerana sering menjadi organizer.. Saya seronok dapat bermain badminton bersama rakan-rakan.. Ketegangan bekerja seminggu dapat dilepaskan dalam sehari.. Walaupun selalu kalah tapi saya tetap gembira.. Hehe..

Kadang-kadang saya berjoging juga di taman berdekatan kawasan rumah.. Saya perhatikan 9 daripada 10 penjoging di situ adalah bukan Melayu.. Hmm? Kenapa? Adakah Melayu malas bersenam? Atau lebih berminat bersenam di atas katil?

Kajian juga menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.. Ya saya bukan doktor.. Tapi saya rajin membaca hasil kajian doktor.. Jagalah body yang dianugerahkan Tuhan ni sebaiknya.. Itu pon amal ibadah..

Renung-renungkan dan selamat bersenam
Share

Sambutan Earth Hour

Earth Hour, semalam telah berlangsung.. Apa itu Earth Hour? Kamu memang ketinggalan.. Earth Hour satu inisiatif daripada WWF akan keadaan perubahan cuaca dunia yang semendadak.. Semua pihak disaran untuk menutup lampu dalam sejam bermula jam 8.30 malam sebagai tanda sokongan pada 28 March 2009.. Kempen ini telah bermula di Sydney pada tahun 2007 dengan penyertaan 2 juta orang.. Pada 2008, lebih 50 juta orang daripada seantero dunia telah menyertai kempen ini.. Pada tahun ini pula, Earth Hour mensasarkan untuk 1 bilion orang menyertai kempen ini daripada seribu bandar..

Itu saja.. Nak tau lebih lanjut sila layari earthhour.org.

Saya telah menyambut Earth Hour dengan menutup lampu rumah lebih dari sejam.. Kerana kebetulan saya tiada di rumah.. Hehe..

Mari kita saksikan saat KLCC menutup lampu satu persatu demi menyahut seruan kempen ini.. Saya bangga bandar Kuala Lumpur juga menyahut seruan murni ini.. Harap tahun depan ada lagi.. Harap tahun depan kita sokong lagi..

Malaysia Boleh

Related Posts with Thumbnails
Share