UMARvellous

We are marvellous!

7 Tips Keselamatan Untuk Yang Tersayang

Kita semua pasti mempunyai orang yang tersayang dalam hidup ini.. Mereka mungkin di kalangan keluarga, sahabat, saudara mara, jiran tetangga, rakan kerja, buah hati, skandal… Erk, mungkin ini tidak..

Apabila kita menyayangi seseorang, keselamatannya amat kita perihatin.. Dalam dunia yang serba carca-marba kini, tak kira siang dan malam, pelbagai kisah menyedihkan dapat kita dengari.. Ibu mengandung kena ragut, budak sekolah kena rogol, nenek tua kena cabul, kambing pon kena liwat.. Pening aku..

Maka hari ni, aku ingin kongsi tips keselamatan untuk kita dan orang yang kita sayangi..

1. Tips daripada Taekwando.. Siku merupakan bahagian yang terkuat pada badan manusia.. Jika kamu berada pada posisi yang baik untuk menggunakan siku sebagai senjata, sikukan jelah!

2. Jika perompak mahukan dompet atau beg tangan kamu, jangan bagi! Campakkan ia jauh-jauh.. Perompak mungkin lebih berminat untuk kejar barang yang dicampak itu daripada kamu.. Lepas tu apa lagi, cabut!

3. Jika kamu dicampak ke dalam bonet belakang kereta seperti yang kita selalu tengok dalam filem tu, tendang bahagian belakang lampu kereta tersebut.. Lampu mungkin tercabut keluar dan akan ada lubang.. Keluarkan tangan dari lubang tersebut dan mula melambai.. Pemandu kereta yang menculik kamu takkan nampak, tapi orang disekeliling pasti perasan..

4. Kebanyakan pemandu wanita gemar untuk duduk dulu dalam kereta untuk tonyoh lipstik, tambah bedak, check contact lense dan sebagainya.. Ini membuka ruang pada penjenayah untuk mengambil kesempatan.. Anda sebenarnya telah lama diperhatikan dan penjenayah akan meluru masuk ke dalam kereta sambil mengacukan senjata seperti pisau.. Jadi, bila dah masuk kereta tu, sila kunci dulu kereta atau pandu terus ke destinasi..

5. Pilih lah untuk mengambil lif daripada menggunakan tangga.. Tangga merupakan tempat yang amat strategik untuk melakukan jenayah terutamanya pada waktu malam.. Percayalah, sebab saya dah kena.. =(

6. Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.. Dan jangan pula benarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.. Baru-baru ni kita ada dengar satu berita tentang seorang budak perempuan yang cacat akal telah dicabul oleh seorang warga Pakistan.. Mamat tu meminta minum dan telah dibenarkan masuk oleh bapa budak perempuan tersebut akibat kasihan.. Ya, mungkin mamat Pakistan tu mahu minum susu.. =P

7. Kasihan ni pon satu kes.. Wanita terutamanya mudah simpati tak bertempat.. Apa boleh buat, wanita kan lembut hatinya.. Tapi ingin diingatkan, berhati-hatilah dalam memberi simpati kerana penjenayah sekarang pandai berpura-pura.. Muka sekali tengok memang nampak baik je macam Dr Fadzilah Kamsah.. Rupa-rupanya lebih jahat daripada Dr Octopus.. Kamu tengok filem Spiderman kan?

Sampaikanlah tips ini kepada orang yang kamu sayangi.. Mungkin tips mudah ini dapat menyelamatkan mereka daripada mala petaka yang lebih besar.. Tunjukkanlah rasa sayang tu.. Tak rugi pon.. Hee..

Share

Celcom Broadband dan Siput Babi

Apa persamaan Celcom Broadband dan siput babi? Tepat sekali! Mereka berdua amat lembab.. Kadang-kala kelembaban mereka membuatkan saya keliru yang mana Celcom dan yang mana babi.. Ops maksudku siput babi..

Baru-baru ni saya ada terbaca surat daripada pembaca Berita Harian yang komplen pasal servis Celcom Broadband.. Antara yang dikeluh ialah Celcom Broadband sebenarnya mempunyai had muat turun sebanyak 5GB sebulan.. Bukannya UNLIMITED seperti yang digembar-gemburkan.. Selepas mencapai 5GB, kelajuan akan diturunkan semendadak..

Saya juga pengguna Celcom Broadband.. Saya langgan servis ini ketika mereka membuat promosi di Putrajaya.. Saya tinggalkan Streamyx yang telah lama bersama saya ketika susah dan senang untuk bersama Celcom Broadband yang diuar-uarkan lebih mantop! Sayangnya lebih indah khabar daripada rupa.. Maafkan aku Streamyx.. Walaupon kau juga tak sempurna, sekurang-kurangnya kau tak la jalan merangkak..

Di bawah ada satu video yang saya jumpa kat youtube tentang ketidak puas hatian pengguna terhadap Celcom Broadband.. Ada banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak sampai hati nak letak semua.. Kerana jauh di sudut hati saya, masih ada sayang untuk Celcom.

Share

Pukul berapa disko kena tutup?

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2.39 pagi.. Saya tidur di ofis.. Bawah ofis saya ada sebiji pub atau disko atau club or what ever you call it.. Mata saya gagal lelap mungkin disebabkan 3 perkara..

Pertama, memikirkan saman terbaru yang saya terima daripada abang polis trafik petang tadi.
Kedua, saya minum kopi Power Root Tongkat Ali yang telah disalah beli oleh office mate.
Ketiga, tahap lalak disko bawah ni memecahkan gegendang telinga saya!

Setahu saya disko di Selangor ni patut tutup pukul 1 pagi.. Itu peraturan yang telah ada sejak zaman BN memertintah.. Ke sejak tukar pemerintahan di Selangor ni waktu operasi disko dah dilanjutkan?

Dulu pernah mantan Menteri Pelancongan iaitu Datuk Seri Adnan Mansor mencadangkan agar waktu operasi pusat hiburan dilanjutkan ke 5 pagi untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara.. Idea yang ‘bijak’.. Its better for them just to stay at their own country to have that kind of enjoyment la datuk.. Kat sana lagi happening.. What for they travel so far to experience something that they can easily get at their own place?

Jadi saranan datuk ni dah disahut ke sekarang ni? Bebulu betul.. Sampai sanggup saya bukak laptop ni dalam gelap gulita kat ofis ni semata-mata nak meluahkan bengkek di dada ni.. Sekarang ni tengah berkumandang lagu Bob Marley.. Minggu lepas lagu Alleycats pon keluar.. Sumpah tak tipu..

Share

Hari April Fools Yang Fool

aprilfool

Saban tahun manusia menyambut April Fool yang mereka sendiri tidak tahu akan asal usulnya.. Ia juga dikenali dengan nama All Fools Day.. Terdapat pelbagai kisah tentang asal usul hari yang tak bermanfaat ni.. Kalau kamu berminat untuk ambil tahu, boleh gunakan googleaprilfools.com.

Kalau di zaman kanak-kanak ribena dulu, terlalu ramai kawan yang meraikan Hari Sengal ini dengan tipu daya ‘tut’ mereka.. Yang seronok dapat tengok kawan-kawan gelak.. Yang tak seronok bila diri kita yang digelakkan.. Kena pulak siap kena mandi dengan air longkang.. Sebagai mangsa agak tak best rasanya.. Tapi untuk menjadi pemangsa, rasa tidak bodoh untuk melakukannya..

Happy April Fool for the Fools

Related Posts with Thumbnails
Share