UMARvellous

We are marvellous!

Soalan dijawab dengan soalan

jawab soalanPernah tak anda ditanya satu soalan yang tidak mampu anda jawab? Mesti la adakan.. Kalau tiada maknanya anda memang seorang pendita yang agung..

Apa yang anda akan buat bila anda tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut? Selamba jawab dengan ‘confident’ atau buat-buat tak dengar soalan? Kalau saya, saya akan jawab kembali dengan soalan.. Mudah dan nampak kool.. hoho

Begini caranya.. Katakanlah anda ditanya soalan yang sukar seperti, “Apakah tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia?” (susah ke?) Jika anda tidak tahu jawapannya anda boleh tanya kembali, “Apa pendapat kamu tentang perkara tersebut?” Kalau penanya sendiri memberikan jawapan yang kurang bijak, dia mungkin hanya akan memalukan diri sendiri dan anda boleh terlepas daripada menjawab soalan tersebut..

Dan jika dia dapat menjawab soalan tersebut dengan mantap, tahniah anda tak perlu pening kepala memikirkan jawapannya! Tetapi jika anda ditanya soalan yang sepatutnya mudah untuk dijawab, anda boleh balas dengan, “Maaf saya akan berikan jawapannya kemudian.”

Ianya lebih baik daripada menjawab tak tahu atau, “Maaf tiba-tiba perut saya memulas.. Tandas di mana ye?” Adoi…

Share

Fokus pada masalah.. Bukan individu!

masalah peribadiUntuk menjadi ketua yang baik, kita harus bijak berkomunikasi menangani sesuatu isu.. Sering kita lihat manusia akan menyalahkan sesama sendiri apabila sesuatu masalah timbul.. Setiap individu akan menyerang sesama sendiri bagi menunjukkan dia sajalah yang betul.. Ini silap!

Apabila sesuatu masalah timbul, fokus pada permasalahan itu, bukan individu.. Apabila kita mengalih perhatian kepada individu, masalah lain akan timbul.. Masing-masing cuba mempertahankan diri sendiri hingga sanggup membuka pekung di dada individu lain.. Kata-kata kesat dan mengaibkan mungkin dilemparkan.. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan..

Tetap fokus pada masalah.. Cuba cari punca masalah.. Tegur akan masalah yang timbul.. Bukan menyerang peribadi seseorang.. Kemudian senaraikan tindakan yang boleh dilakukan bagi mengatasi.. Pilih yang terbaik dan laksakan pemulihan.. Ia akan menjadi mudah apabila kita dapat berkerjasama dalam suasana yang harmoni..

Orang yang fokus pada INDIVIDU Orang yang fokus pada MASALAH
“Kamu lembab la Ali!” “Kerja kamu tertangguh lagi..”
“Kau pon sama macam bapak kau!” “Kau kena bersopan dengan orang tua..”
“Soh Lin terlalu bodoh..” “Terdapat kesilapan dalam laporan awak..”
Share

Duit adalah Ilmu

duit ilmuDuit adalah ilmu.. Itu undang-undang baru duit nombor 1 dalam buku Conspiracy Of The Rich tulisan Robert T. Kiyosaki yang telah saya baca..

Yang menjadikan harta kita bertambah bukanlah sebab duit yang kita ada.. Bukan perkara utama yang menyebabkan ia berlaku.. Sebab utama yang menyebabkan harta kita bertambah adalah ilmu yang kita miliki..

Duit RM10,000 yang kita simpan tidak boleh bertambah dengan sendiri jika kita tidak menggunakan ilmu yang betul dalam menggandakannya.. Dengan ilmu yang betul, duit tersebut boleh digandakan menjadi RM100,000 malah ke RM1 juta sekalipun boleh.. Bergantung kepada ilmu yang kita miliki.. Jika kita tidak mempunyai ilmu atau menerapkan ilmu yang salah, duit RM10,000 tersebut boleh jadi RM1 dalam sekelip mata..

Itu kalau kita lihat daripada perspektif kewangan.. Ilmu lebih luas lagi.. Mahu bahagia? Ilmu boleh bantu.. Mahu disayangi? Ilmu boleh tolong.. Mahu penghormatan? Ilmu boleh bagi.. Apa sahaja yang kita hajati boleh dicapai dengan ilmu yang betul.. Dunia mahupun akhirat..

Bagi usahawan, jika dia dibekalkan dengan ilmu yang mantap dan pengalaman yang luas, empayar bisnes yang musnah hari ini dapat dibangunkan kembali esok lusa.. Tiada masalah.. Kerana ilmu penuh di dada, pengalaman keliling pinggang..

Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.. Kerana ilmu itu berubah mengikut peredaran masa.. Imu yang telah kita pelajari hari ini, mungkin akan expired minggu depan..

Share

Perancangan Kewangan

kewangan
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah pernah berkata,”Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”. Jadi jika anda tidak mahu gagal dalam soal kewangan, merancanglah dari sekarang.. Tapi apa itu perancangan kewangan?

Dalam kehidupan kita seharian, kita mempunyai beberapa pilihan.. Memilih membeli atau menyewa.. Memilih memiliki atau meminjam.. Memilih mahal atau murah.. Memilih besar atau kecil.. Sebahagian pilihan kita itu memerlukan penggunan wang.. Oleh sebab itu kita perlu memilih untuk merancang daripada melakukan pilihan sembarangan kerana takut pilihan itu akan memakan diri..

Orang yang memilih untuk menggunakan kad kredit sesuka hati tanpa had akan menjadikan diri sendiri bankrup.. Itu yang sedang berlaku kepada kebanyakan belia di Malaysia.. Akibat daripada tidak mempunyai pendidikan kewangan yang baik dari awal.. Institusi pendidikan kita seperti sekolah dan universiti gagal mengajar itu..

Perancangan kewangan mempunyai tempoh yang panjang.. Selalunya sehingga tempoh persaraan.. Ia melibatkan soal-soal masa depan dan tertentu seperti perkahwinan, percutian, membeli kereta, membeli rumah, pelajaran dan sebagainya..

Di dalam perancangan kewangan, anda akan menentukan pendapatan, tabungan dan belanjawan bagi sepanjang masa agar ianya mengikut perancangan..

Terdapat 5 langkah penting dalam proses perancangan kewangan:

1. Nilai kedudukan kewangan semasa anda
2. Tetapkan matlamat anda
3. Sediakan pelan kewangan selengkapnya
4. Laksanakan pelan tersebut dengan disiplin
5. Pantau dan nilai semula kedudukan kewangan anda

Share

Back End Product

potato-wedges
Anda tahu apa itu back end product? Kalau tak tahu mari saya beritahu.. Back end product ialah produk yang kita tawarkan bersama produk lain yang mahu dibeli oleh pelanggan..

Contoh paling mudah yang ingin saya berikan ialah Kentucky Fried Chicken (KFC).. Perasan tak selepas anda membuat pesanan di kaunter, juruwang pasti akan bertanya, “Encik nak tambah French Fries atau Potato Wadges?”

Pada mulanya mungkin anda cuma mahu membeli ayam goreng yang sedap sehingga menjilat jari tu.. Tetapi selepas juruwang bertanya samada anda mahu tambah French Fries atau Potato Wadges, berkemungkinan besar anda akan menambah pesanan tersebut.. Apatah lagi jika French Fries atau Potato Wedges itu menjadi lebih murah jika dibeli sekali dengan ayam goreng..

Walaupun strategi ini mudah, ia tetap mampu memberikan pulangan yang memberangsangkan.. Katakanlah keuntungan hasil jualan ayam goreng untuk satu restoran ialah RM30,000 sebulan.. Dengan menggunakan strategi ini, 10% – 20% keuntungan dapat dipertingkatkan.. Maka keuntungan yang dapat dijana daripada ayam goreng dan back end product adalah RM36,000.. RM6,000 lebih keuntungan dapat dijana dengan back end product ayam goreng tersebut.. Cukup untuk bayar gaji 2 orang pengurus restoran.. =)

Related Posts with Thumbnails
Share