UMARvellous

We are marvellous!

Kuasa Leverage: Rahsia Orang Kaya


Ini tiada kaitan dengan cerita Leverage kat tv tu.. Leverage yang saya nak ceritakan ni bemaksud kekuatan atau daya ungkit.. Kuasa Leverage yang digunakan sekian lama oleh orang-orang kaya..

 

Bagaimana anda boleh menggunakan segala sumber yang ada di sekeliling untuk mempercepatkan usaha sesuatu kerja? Sebagai contoh, anda nak buat laman web menjual kasut buatan sendiri secara atas talian.. Masalahnya anda hanya pandai buat kasut tapi tak pandai buat laman web.. Haa camne tu? Senang je.. Cuba minta bantuan rakan anda yang memang mahir membuat laman web.. Anda boleh tawarkan beliau sedikit upah atau mungkin berikan komisyen atas setiap kasut yang berjaya dijual.. Jika beliau setuju, projek menjual kasut secara atas talian anda dapatlah dipercepatkan.. Kalau anda yang kena buat sendiri, hujung tahun ni pon belum tentu lawab web tu boleh siap.. =P

 

Contoh lain, anda minat memasak dan ingin membuka restoran sendiri.. Anda mungkin pandai masak nasi goreng paprik, ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, telur bungkus dan yang sewaktu dengannya.. (lapar lah pulak..) Tapi soal pengurusan restoran melibatkan banyak perkara lain seperti pencarian tenaga kerja, perancangan kewangan, pemasaran dan lain-lain.. Bagi mencapai impian anda untuk membuka restoran dalam masa singkat, adalah lebih baik anda mencari seorang rakan niaga yang mempunyai kebolehan yang saya nyatakan di tadi..

 

Adalah sukar untuk anda menguruskan pelbagai hal dalam satu masa.. Lebih baik tugas yang anda tidak punya kemahiran itu diserahkan kepada yang lebih arif.. Dengan mengamalkan Kuasa Leverage, anda sebenarnya sedang memanfaatkan:

1. Masa
2. Tenaga
3. Kemahiran
 
Bukannya masa, tenaga dan kemahiran anda sendiri, tapi orang lain.. Cuba terapkan Kuasa Leverage ini dalam hidup anda secara berperingkat hari ini.. Semoga anda juga menjadi sebahagian orang-orang kaya di Malaysia!

Share

5 faedah pancing pelanggan dengan penghantaran percuma!

Semasa saya memberikan perkongsian ilmu Pemasaran Internet dengan pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan di UiTM Shah Alam akhir tahun lalu, saya telah ditanya oleh salah seorang pelajar tentang penghantaran barang yang dibeli secara online.. Jadi hari ni saya nak kongsikan, 5 faedah jika kita berikan penghantaran percuma kepada para pelanggan kita tidak kira perniagaan kita secara online atau offline!

 

1. Percuma sokmo
Jarang sebenarnya peniaga online nak berikan penghantaran percuma secara berterusan.. Tetapi saya sendiri telah berikan tawaran ini kepada pelanggan saya di Lelong.my dan Mudah.my.. Akibatnya jualan telah berganda bila saya berikan tawaran ini.. =)

 

2. Khas untuk ahli sahaja
Anda juga boleh berikan penghantaran percuma khas untuk ahli sahaja.. Seperti yang saya buat di UMTboutique.com.. Setiap pelanggan harus berdaftar akaun keahlian untuk diberikan beberapa keistimewaan dan antaranya ialah penghantaran pakaian secara percuma!

 

3. Jumlah pesanan minimum
Saya baru balik daripada China untuk mendapatkan stok baru perniagaan.. Ada pembekal di sana yang akan memberikan penghantaran percuma ke hotel jika pelanggan membeli dengan jumlah yang tertentu.. Jika jumlah yang dibeli kurang daripada yang diharapkan, maka yuran penghantaran dikenakan sebanyak 50 Yuan atau 25 Ringgit.. Jadi dengan ini, pasti pelanggan akan menambah belian mereka.. (seperti saya.. =P)

 

4. Hanya ke atas barangan tertentu
Untuk peniaga yang menyimpan stok, anda boleh berikan penghantaran percuma hanya untuk stok tertentu seperti stok lama.. Jadi dengan ini mudah lah untuk anda menghabiskan stok lama.. Jangan jual stok lama yang dah rosak sudah la ye..

 

5. Kadar rata
Yang ni bukanlah 100% percuma.. Tapi kira OKlah kan.. Kadar rata untuk semua penghantaran.. Sebagai contoh, pelanggan daripada semenanjung dan Sabah & Sarawak, sama saja yuran penghantaran yang dikenakan.. Sepatutnya Sabah & Sarawak lagi mahal.. Jadi ini akan memudahkan pelanggan untuk menganggar budget belian mereka dan membuang rasa was-was untuk membeli kerana mungkin takut ada kos tersembunyi..

 

Jadi macam mana? Nak tawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan tak?

Share

Malaysia Social Media Week 2012


Hari Isnin dan Selasa lepas saya telah menghadiri Malaysia Social Media Week 2012 di PWTC.. Memang layan sebab banyak dapat informasi terbaru terutamanya daripada penggiat media sosial antarabangsa..

Apa yang paling menarik di sana saya dapati yang kita sudah ada Social Media Chambers.. Social Media Chambers atau SMC adalah organisasi bukan keuntungan atau NGO yang bertujuan untuk memajukan dan menyokong disiplin media yang boleh dipercayai sosial.. Melalui amalan terbaik, pendidikan industri dan nilai ahli, SMC menekankan media sosial sebagai saluran penyelesaian untuk cabaran perniagaan dan satu komponen penting dalam penciptaan jenama beretika.. Jadi jangan lupa daftarkan diri sebagai ahli di socialmediachambers.org untuk mendapatkan beberapa manfaat khas untuk ahli..

OKlah tak dapat nak tulis panjang.. Petang ni dah nak terbang ke China.. Barang tak habis kemas lagi.. Kalau nak maklumat lanjut pasal Social Media Week 2012, siala layari socialmediaweek.com.my.. Tahun depan kalau ada jangan lupa join!

p/s: Sesi YB Nik Nazmi dan YB Khairy Jamaluddin yang paling seronok.. hoho

Share

Tips Laman Web e-Dagang: Tentang Kami

About US Page atau dalam laman web berbahasa Melayu kita namakan sebagai page Tentang Kami.. Tahukah anda kebanyakan pelawat yang pertama kali ke laman web e-commerce atau e-dagang anda akan ke page tersebut? Melainkan anda sudah popular seperti AirAsia.com, maka pelawat kali pertama ini tidak perlu tahu siapa anda.. Setiap perkara berikut dalam page Tentang Kami akan meninggalkan kesan yang positif jika diisi dengan betul!

 

 

Latar belakang ringkas tentang syarikat, kakitangan dan nilai-nilai perniagaan.. Mungkin anda boleh terangkan bagaimana ia telah bermula, beberapa orang pekerja yang ada dan misi atau visi perniagaan anda.. Matlamatnya adalah untuk memupuk kredibiliti dan kepercayaan dengan pelanggan..

 

 

Seterusnya, gambar atau video lokasi perniagaan anda.. Dengan memaparkan lokasi perniagaan fizikal kepada pelanggan, ini akan meningkatkan tahaap kepercayaan pelanggan terhadap anda.. Ada dikalangan pelanggan saya juga yang mesti nak datang sekali dahulu ke premis perniagaan sebelum membuat belian secara online seterusnya..

 

 

Selanjutnya, jika anda memang sedia untuk menerima pelanggan di kedai atau premis perniagaan anda, letakkan Google Maps pada page Tentang Kami.. Anda boleh meletakkan peta ini juga di page Contact Us atau Hubungi Kami.. Anda boleh ‘configure’ peta untuk menunjukkan dengan tepat lokasi perniagaan anda..

 

 

Akhir sekali ialah waktu operasi, alamat premis, nombor telefon dan alamat e-mel jangan lupa dipaparkan.. Anda juga mempunyai pilihan untuk meletakkan maklumat ini di page Hubungi Kami.. Ini akan membuat orang ramai mudah untuk menghubungi anda dan anda akan membina kredibiliti yang lebih baik daripada pesaing yang menyembunyikan maklumat untuk berhubung dengan mereka..

 

 

Jadi macam mana dengan laman web e-commerce atau e-dagang anda? Ada ciri-ciri di atas?

Share

7 Aplikasi Android Produktiviti Terbaru Bulan Ini

Berikut merupakan 7 aplikasi Android produktiviti percuma terbaru bulan ini:

 

1. Google Launcher

App ni akan menyimpan dan menguruskan semua aplikasi Google anda dalam satu app.. Secara automatik mengesan aplikasi Google pada telefon pintar anda: Gmail, Google Search, Google Translate, Google Docs, Google Calendar dan banyak lagi..

 

2. Handy Scanner Free PDF Creator

Aplikasi ini akan menukar gambar ke dokumen PDF untuk dicetak.. Contohnya anda tangkap gambar sebuah artikel daripada majalah, anda boleh convert ia ke dalam bentuk PDF.. Kalau anda tak mahu iklan keluar daripada app ni, versi berbayar juga disediakan..

 

3. Easy App Manager

App ni anda boleh gunakan untuk mengurus aplikasi dan memastikan aplikasi peribadi anda menjadi sulit.. hehe

 

4. Evi

App ni bagaikan seorang pembantu maya untuk membantu anda dengan semua keperluan maklumat setiap hari.. Bagi pengguna Android, Evi adalah jawapan kepada Siri.. (kot)

 

5. Wikipedia

Dapatkan aplikasi rasmi Wikipedia untuk Android anda.. Akses lebih daripada 20 juta rencana ensiklopedia dalam 280 bahasa.. Ini tidak termasuk Bahasa Jawa..

 

6. Toggl

App ini membantu anda untuk menjejaki jangka masa projek pasukan atau individu dari telefon pintar anda.. Amat berguna untuk anda yang banyak melakukan kerja secara berkumpulan!

 

7. Fax App

Faks dokumen dari telefon pintar anda.. Menghantar gambar, teks, atau PDF kepada mesin faks konvensional.. Aplikasi ini membantu memudahkan kerja di pejabat..

 

p/s: Smartphone orang tu bau kedai.. ngee

Related Posts with Thumbnails
Share