5 faedah pancing pelanggan dengan penghantaran percuma!

Semasa saya memberikan perkongsian ilmu Pemasaran Internet dengan pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan di UiTM Shah Alam akhir tahun lalu, saya telah ditanya oleh salah seorang pelajar tentang penghantaran barang yang dibeli secara online.. Jadi hari ni saya nak kongsikan, 5 faedah jika kita berikan penghantaran percuma kepada para pelanggan kita tidak kira perniagaan kita secara online atau offline!

 

1. Percuma sokmo
Jarang sebenarnya peniaga online nak berikan penghantaran percuma secara berterusan.. Tetapi saya sendiri telah berikan tawaran ini kepada pelanggan saya di Lelong.my dan Mudah.my.. Akibatnya jualan telah berganda bila saya berikan tawaran ini.. =)

 

2. Khas untuk ahli sahaja
Anda juga boleh berikan penghantaran percuma khas untuk ahli sahaja.. Seperti yang saya buat di UMTboutique.com.. Setiap pelanggan harus berdaftar akaun keahlian untuk diberikan beberapa keistimewaan dan antaranya ialah penghantaran pakaian secara percuma!

 

3. Jumlah pesanan minimum
Saya baru balik daripada China untuk mendapatkan stok baru perniagaan.. Ada pembekal di sana yang akan memberikan penghantaran percuma ke hotel jika pelanggan membeli dengan jumlah yang tertentu.. Jika jumlah yang dibeli kurang daripada yang diharapkan, maka yuran penghantaran dikenakan sebanyak 50 Yuan atau 25 Ringgit.. Jadi dengan ini, pasti pelanggan akan menambah belian mereka.. (seperti saya.. =P)

 

4. Hanya ke atas barangan tertentu
Untuk peniaga yang menyimpan stok, anda boleh berikan penghantaran percuma hanya untuk stok tertentu seperti stok lama.. Jadi dengan ini mudah lah untuk anda menghabiskan stok lama.. Jangan jual stok lama yang dah rosak sudah la ye..

 

5. Kadar rata
Yang ni bukanlah 100% percuma.. Tapi kira OKlah kan.. Kadar rata untuk semua penghantaran.. Sebagai contoh, pelanggan daripada semenanjung dan Sabah & Sarawak, sama saja yuran penghantaran yang dikenakan.. Sepatutnya Sabah & Sarawak lagi mahal.. Jadi ini akan memudahkan pelanggan untuk menganggar budget belian mereka dan membuang rasa was-was untuk membeli kerana mungkin takut ada kos tersembunyi..

 

Jadi macam mana? Nak tawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan tak?

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.