5 perkara jangan buat kepada prospek yang bagi alasan untuk beli.

jangan-buat-ni-kepada-prospek

Jangan buat 5 perkara ini apabila berdepan dengan prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.

1) Jangan bertekak

Anda akan hilang peluang untuk buat jualan apabila anda mula bertekak dengan prospek.

Walaupun anda betul, itu bukan sebab yang baik untuk mulakan pertengkaran.

 

2) Jangan serang peribadi

Mungkin prospek ambil masa sikit untuk buat keputusan pembelian.

Jangan kata macam ni, “Tuan kena buat keputusan sekarang. Fast action, fast result. Kalau tuan slow je macam mana nak nampak hasil?”

Asingkan elemen peribadi daripada alasan prospek.

 

3) Jangan main teka

Prospek kata, “Saya nak servis yang bagus.”

Anda pun jawab, “Servis kami memang bagus. Puan boleh hubungi kami bila-bila masa.”

Sepatutnya anda kena dapatkan kepastian daripada prospek, apa yang dia maksudkan dengan servis yang bagus.

Dia mungkin maksudkan tentang tempoh jaminan, khidmat nasihat, alat ganti dan sebagainya.

Jadi jangan main teka saja.

 

4) Jangan hina prospek

Katakanlah prospek kata, “Mahalnya harga barang ni.”

Jangan jawab balik, “Barang berkualiti memang mahal. Cik tak pakai barang berkualiti ke?”

Tapi cuba jawab dengan cara baik, “Saya faham cik bimbang tentang harga ni. Boleh saya tahu kenapa cik kata barang ni mahal?”

 

5) Jangan lari daripada masalah

“Saya tak suka awak.”

Marah tak bila prospek kata macam ni?

Tapi daripada marah, baik ambil tahu kenapa prospek beremosi macam tu sekali?

“Boleh saya tahu kenapa cik tak suka saya? Mungkin saya ada buat kesilapan yang saya terlepas pandang.”

Mungkin cara anda buat follow up salah. Mungkin cara anda dapatkan jualan terlalu memaksa.

Ambil tahu dan selesaikan masalah anda dengan prospek.

Kekalkan hubungan baik untuk keuntungan berpanjangan.

 

Itulah dia 5 perkara anda jangan buat kepada prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.

Kita sendiri pun pernah bagi macam-macam alasan kepada penjual apabila kita tak nak atau belum sedia untuk beli.

Pastikan anda uruskan alasan pelanggan ini dengan betul. Jangan diikutkan emosi tu sangat.

Ingat, fokus anda adalah untuk cari jualan. Bukan cari masalah.


Prospek selalu bagi alasan ni kepada anda?

1) Nanti saya fikir dulu

2) Saya tak mampu nak bayar

3) Nanti saya tanya suami dulu

4) Mahal la harga produk ni

5) Kalau ada diskaun saya beli

Nak dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan ni?

Isikan emel, nama & klik butang biru sekarang.

Anda akan diberi skrip jualan secara percuma.

 

 

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.