Agihkan Kerja Anda

agihkan kerja

Dulu saya mahu segala-galanya saya lakukan sendiri. Dari A-Z adalah hasil kerja tangan saya.

 

Saya mendapat kepuasan maksimum kerana segalanya mengikut kehendak sendiri. Tapi akhirnya saya penat. Sebab semuanya saya yang buat!

 

Kini tidak lagi. Saya tidak mahu memenatkan diri untuk melakukan semua kerja sendiri tapi hasilnya tidak seberapa.

 

Saya mengagih-agihkan kerja. Saya hanya fokus pada kerja yang memberi nilai besar. Kerja yang mempunyai nilai kecil saya akan berikan kepada orang lain seperti staf saya.

 

Memang kadang-kadang saya akan berasa jika saya melakukan sendiri kerja nilai kecil itu pasti lebih baik. Namun saya perlu korbankan ia untuk saya laburkan masa dan tenaga untuk kerja yang lebih penting.

 

Apabila masing-masing fokus kepada kerja sendiri, hasilnya keuntungan adalah berlipat kali ganda.

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.