Aliran Pendapatan Siti Nurhaliza

siti-nurhaliza

Siti Nurhaliza mempunyai aliran pendapatan yang berganda dan pelbagai.. Antaranya ialah royalti album, royalti lagu, persembahan pentas, lakonan, duta produk, pembuatan album, kosmetik dan lain-lain..

Bak kata mat salleh, ini dinamakan sebagai multiple streams of income.. Kebanyakan usahawan tidak hanya bergantung kepada 1 sumber pendapatan..

Pendapatan pula terbahagi kepada 2 iaitu pendapatan pasif dan pendapatan aktif..

Sebagai contoh, Siti Nurhaliza menerima pendapatan aktif daripada bayaran persembahan pentasnya.. Jika beliau tidak membuat persembahan tersebut, bayaran tidak akan diterima..

Pendapatan pasifnya pula datang dari royalti album.. Setiap album yang dirakamkan beliau akan mendapat peratusan bahagiannya setiap tahun..

Setelah anda tahu aliran pendapatan Siti Nurhaliza, sekarang cuba fikirkan apakah sumber pendapatan anda?

Berapa banyak pendapatan pasif dan aktif yang telah anda ada?

Apa yang perlu anda lakukan untuk mempelbagaikannya?

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.