Back End Product

potato-wedges
Anda tahu apa itu back end product? Kalau tak tahu mari saya beritahu.. Back end product ialah produk yang kita tawarkan bersama produk lain yang mahu dibeli oleh pelanggan..

Contoh paling mudah yang ingin saya berikan ialah Kentucky Fried Chicken (KFC).. Perasan tak selepas anda membuat pesanan di kaunter, juruwang pasti akan bertanya, “Encik nak tambah French Fries atau Potato Wadges?”

Pada mulanya mungkin anda cuma mahu membeli ayam goreng yang sedap sehingga menjilat jari tu.. Tetapi selepas juruwang bertanya samada anda mahu tambah French Fries atau Potato Wadges, berkemungkinan besar anda akan menambah pesanan tersebut.. Apatah lagi jika French Fries atau Potato Wedges itu menjadi lebih murah jika dibeli sekali dengan ayam goreng..

Walaupun strategi ini mudah, ia tetap mampu memberikan pulangan yang memberangsangkan.. Katakanlah keuntungan hasil jualan ayam goreng untuk satu restoran ialah RM30,000 sebulan.. Dengan menggunakan strategi ini, 10% – 20% keuntungan dapat dipertingkatkan.. Maka keuntungan yang dapat dijana daripada ayam goreng dan back end product adalah RM36,000.. RM6,000 lebih keuntungan dapat dijana dengan back end product ayam goreng tersebut.. Cukup untuk bayar gaji 2 orang pengurus restoran.. =)

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.