Bagaimana mengiklankan bisnes?

iklan bisnes

Kita mempunyai banyak cara untuk mengiklan bisnes yang kita jalankan.. Tetapi adakah kita perlu menggunakan semua medium pengiklanan yang ada sekali gus?

 

Apabila mengiklankan bisnes anda, cara paling efektif adalah dengan cara memperbanyakkan medium-medium iklan.. Contohnya jangan gunakan edaran flyers saja..

Gunakan juga kad bisnes, poster, kalendar, papan tanda, iklan surat khabar, iklan majalah, iklan online dan lain-lain.. Malah jika kita mempunyai bajet pemasaran yang banyak, kita boleh juga beriklan di TV dan radio!

 

Namun harus diingat.. Letakkan jangka masa tertentu untuk setiap medium iklan yang digunakan.. Contohnya cara mengedarkan flyers digunakan untuk 2 bulan dan lihat bagaimana kesannya..

 

Selepas itu pengiklanan online di Mudah.my dijalankan untuk 3 bulan, kemudian lihat apa hasilnya.. Dari situ kita boleh ukur keberkesanan setiap medium pengiklanan yang kita gunakan..

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.