Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?

Kalau anda sanggup tengok cerita Misteri Wan Peah, anda juga pasti sanggup baca cerita ini.

Tabahkan hati, kuatkan iman.

Saya akan bawa anda melangkah ke alam harga yang penuh misteri.

Antara cara buat pelanggan beli dengan harga yang saya nak adalah dengan meletakkan harga jualan yang lebih tinggi.

Contoh:

Saya nak jual produk X dengan harga minimum RM200.

Tapi saya sengaja letak harga jualan RM300 supaya ada ruang untuk kurangkan harga nanti.

Terutamanya untuk pelanggan yang suka nego-nego harga. Dia nak tekan sampai lunyai!

 

Tapi tahukah anda ada cara lain untuk buat pelanggan bayar harga yang anda nak?

Sebuah jurnal daripada American Marketing Association kongsikan sebuah kajian yang sangat menarik (dan misteri).

Katakan anda jual di website.

Produk X harga rendah. Produk Y harga tinggi.

Jualan produk X akan lebih tinggi daripada produk Y.

 

“Normal lah tu. Dia mesti nak cari yang lagi murah. Apa ko ni?”, abang WeChat.

 

Normal kalau produk X dan Y adalah produk yang sama.

Contoh: selipar VS selipar

 

Tapi dalam kajian tu menunjukkan yang pelanggan tetap beli produk X lebih banyak walaupun produk Y tu tak sama jenis dengannya.

Contoh: selipar VS baju

 

Misteri kan?

Kalau tak cukup misteri, sila baca lagi.

 

Selain daripada cara di atas, cara ini juga boleh digunakan.

Tunjukkan harga jualan bersebelahan dengan nombor yang lebih besar.

Walaupun nombor tu bukannya harga.

 

“Tak paham. Bagi contoh sikit.”, pinta abang WeChat.

 

Katakanlah semalam anda berjaya jual 90 produk X.

Produk X berharga RM50.

Hari ni anda boleh buat iklan. Dalam iklan tu anda letak harga RM50.

Dekat harga tu anda letak sekali jumlah yang telah dijual semalam.

Contoh:

90 botol telah dijual sehari

RM50 saja sebotol

90 > 50 = RM50 nampak rendah harganya

Ini semua boleh terjadi kerana ‘psychological anchoring’.

 

 

KLIK SINI SEKARANG

 

 

 

Cara betul bagi diskaun kepada pelanggan.
Rahsia harga pakej terbongkar!

Anda boleh komen di bawah: