Baju harga mana paling ramai orang beli?

Universiti Chicago ada buat satu kajian. Mereka cetak 3 katalog.

Setiap katalog jual baju yang sama. Harga je berbeza.

  • Katalog A jual dengan harga $34.
  • Katalog B jual dengan harga $39.
  • Katalog C jual dengan harga $44.

Mereka edarkan katalog.

Cuba teka baju harga yang mana paling ramai orang beli?

Mesti jawab yang $34 kan sebab paling murah?

Salah!

Harga $39 paling ramai orang beli.

William Poundstone ada tulis sebuah buku bertajuk Priceless. Buku ni cerita pasal strategi dan taktik harga.

Dia dapati harga yang berakhir dengan nombor 9, jualan akan lebih 24% daripada harga nombor genap.

Katakan anda jual produk X berharga RM100. Anda cuma boleh jual 100 unit.

Tapi kalau anda jual dengan harga RM99. Anda boleh jual sampai 124 unit.

Kalau anda ada produk yang dijual dengan harga nombor genap, apa kata cuba jual dengan harga yang berakhir dengan nombor 9.

Kemudian bandingkan jualan selepas diubah harga tu. Mana tau jualan anda meningkat. Tak salah nak cuba kan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top