

Apa persamaan Celcom Broadband dan siput babi? Tepat sekali! Mereka berdua amat lembab.. Kadang-kala kelembaban mereka membuatkan saya keliru yang mana Celcom dan yang mana babi.. Ops maksudku siput babi..
Baru-baru ni saya ada terbaca surat daripada pembaca Berita Harian yang komplen pasal servis Celcom Broadband.. Antara yang dikeluh ialah Celcom Broadband sebenarnya mempunyai had muat turun sebanyak 5GB sebulan.. Bukannya UNLIMITED seperti yang digembar-gemburkan.. Selepas mencapai 5GB, kelajuan akan diturunkan semendadak..
Saya juga pengguna Celcom Broadband.. Saya langgan servis ini ketika mereka membuat promosi di Putrajaya.. Saya tinggalkan Streamyx yang telah lama bersama saya ketika susah dan senang untuk bersama Celcom Broadband yang diuar-uarkan lebih mantop! Sayangnya lebih indah khabar daripada rupa.. Maafkan aku Streamyx.. Walaupon kau juga tak sempurna, sekurang-kurangnya kau tak la jalan merangkak..
Di bawah ada satu video yang saya jumpa kat youtube tentang ketidak puas hatian pengguna terhadap Celcom Broadband.. Ada banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak sampai hati nak letak semua.. Kerana jauh di sudut hati saya, masih ada sayang untuk Celcom.
GambarHehe says:
Celcom memang sengal!
Umarvellous says:
@3367065289385612050.0
Agak la..
Anarm says:
bukan celcom je.. maxis pn sama.. nama pn BEROKband..
Umarvellous says:
@Anarm
Hmm.. Tulah.. Tapi orang kata P1 Wimax tu pantas gila.. Betul ke?
nurul says:
@Umarvellous
Baca kat mana tah, ramai gak ckp P1 Wimax ni pun tak le sepantas mana. Bergantung pada kawasan agaknye.
Ir. hydir says:
Broadband kat area bndr besar mmg problem sbb banyak user ..
kalo area bndr tp kurang pengguna xde masalah .. cth mcm kt Ipoh .. HSDPA boleh gi smpi 2.6Mbps dan average speed 1.2 Mbps …
no prob … KL terlalu ramai ..itu jer .. patut area KL pipe data dia kena lebih besar :)
Firdee Aqasha says:
Terima kasih untuk waktu saudara.
Umarvellous says:
@Ir. hydir
Terima kasih atas maklumat yg dikongsi..
Umarvellous says:
@Firdee Aqasha
Fuiyoo.. Artis masuk blog aku..
mie says:
uiihh!!!
internet connection kat malaysia ni..
mmg ketinggalan zaman la…
xpenah lagi aku jumpa yg terbaik..
hahhaaaa
admin says:
Tu lah.. Ingat dah pakai P1 Wimax laju.. Tapi macam lebih kurang gak..
Anonymous says:
verdict… celcom broadband = sialkom berukband. tq.
admin says:
Ramai betul org memberukkan Celcom ni.. Kesian..
ascariz says:
tak kesah la celcom ke, maxis ke, ehem2 ke, kalau dah malaysia tu, jgn nak brangan la nak sme speed dgn us @ jepun. nanti korang undilah aku jd PM, kompem aku fokuskan broadband malaysia = us = jepun. pastu, xde y kaki KENCING mcm celcom ni. unlimited konon. aku rse nak lepok je muke bos die bile keluar kat tv. aku macam myampah tahap masibat tgk muke die. nape tah.