UMARvellous

Usahawan Super

UMARvellous - Usahawan Super

Himpunan Hadis Sahih – Puasa

Esok masuk minggu ke dua Bulan Ramadhan 1432H.. Alhamdulillah, bulan puasa tahun ini berlangsung lancar tanpa lakonan gastrik.. ngee..

Semalam ada baca satu buku yang berjudul 300 Hadis Bimbingan terbitan Telaga Biru.. Hadis-hadis sahih ini telah disusun oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd Nazam..

Terdapat beberapa bab dalam buku ni, tapi saya nak kongsi bab Puasa je.. Tengah mood puasa kan..

1. Puasa Perisai Diri

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Puasa adalah pelindung daripada api neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku berpuasa’.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2. Bersahur

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Memberi makan kepada yang berpuasa

Daripada Zaid bin Khalid al-Junani r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Siapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu”.

(Riwayat al-Tirmizi)

4. Puasa pada bulan Syawal

Daripada Abu Aiyub al-Ansari r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal; nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun.”

(Riwayat Muslim)

Sebenarnya ada lagi hadis berkenaan puasa dalam buku ni, tapi empat buah hadis ini saja yang saya nak kongsikan.. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini akan dapat memberi booster kepada ibadat puasa kita tahun ni.. Rajin-rajin bersolat terawih dan cari malam laitatul qadar.. Bukan lailatul kamdar!

Related Posts with Thumbnails
Category: Bebas

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*