Earth Hour, semalam telah berlangsung.. Apa itu Earth Hour? Kamu memang ketinggalan.. Earth Hour satu inisiatif daripada WWF akan keadaan perubahan cuaca dunia yang semendadak.. Semua pihak disaran untuk menutup lampu dalam sejam bermula jam 8.30 malam sebagai tanda sokongan pada 28 March 2009.. Kempen ini telah bermula di Sydney pada tahun 2007 dengan penyertaan 2 juta orang.. Pada 2008, lebih 50 juta orang daripada seantero dunia telah menyertai kempen ini.. Pada tahun ini pula, Earth Hour mensasarkan untuk 1 bilion orang menyertai kempen ini daripada seribu bandar..
Itu saja.. Nak tau lebih lanjut sila layari earthhour.org.
Saya telah menyambut Earth Hour dengan menutup lampu rumah lebih dari sejam.. Kerana kebetulan saya tiada di rumah.. Hehe..
Mari kita saksikan saat KLCC menutup lampu satu persatu demi menyahut seruan kempen ini.. Saya bangga bandar Kuala Lumpur juga menyahut seruan murni ini.. Harap tahun depan ada lagi.. Harap tahun depan kita sokong lagi..
“Malaysia Boleh“
Category: Bebas
Tag: Alam Sekitar, Earth Hour, earthhour.org, gelap gelita, KLCC, lampu, malaysia, Sydney, video, WWF
