Berapa anda kena jual untuk cover kos?

Senang je untuk tahu berapa anda kena jual untuk cover kos.

Ada 3 benda anda kena tahu dulu.

 

1) KOS TETAP

Contoh:

+ Gaji anda
+ Gaji staf
+ Internet
+ Sewa kedai
+ Mesin
+ Dan lain-lain

= RM21,000

 

2) KOS BERUBAH PER UNIT

Contoh:

+ Penghantaran
+ Bahan mentah
+ Packaging
+ Komisyen
+ Elaun
+ Dan lain-lain

= RM30 per unit

 

3) HARGA JUALAN PER UNIT

= RM150

 

Dah tahu 3 benda ni?

Sekarang boleh gunakan formula di bawah.

 

FORMULA BREAKEVEN POINT

Unit = Kos Tetap / (Harga Jualan Per Unit – Kos Berubah Per Unit)

Unit = RM21,000 / (RM150 – RM30)

Unit = 175

 

Ini bermaksud, sebulan anda kena jual 175 unit produk atau servis untuk cover segala kos.

Ketika ini anda belum untung. Cuma cover kos.

Selepas anda jual unit ke 176 dan seterusnya, baru anda mula dapat untung!

 

KLIK SINI SEKARANG

 

Wahai peniaga, kenapa buang harga?
Berapa kos bisnes anda sehari?

Anda boleh komen di bawah: