Beza margin untung & markup untung.

“Abah.. macam mana nak kira ni?”

“Kira apa kakak?”, jawab Leman sambil menonton TV.

“Kerja rumah ni. Harga jual beg RM80. Harga kos dari pembekal RM40. Jadi berapa peratus margin untung?”

“Alah senang je tu. Hari-hari abah kira margin untung. Abah kan dah lama berbisnes. Jawapan dia 100%.”, lagak Leman.

“Macam mana kalau kakak nak kira sendiri?”

“Kakak tolak harga jual dengan harga kos tu. Kemudian kakak bahagi je dengan harga jual. Dapat kan?”, jawab Leman.

“Eh kenapa kakak dapat lain? Dapat 50%.”

Leman tutup TV.

“Meh sini abah kira. Benda senang pun tak boleh buat.”, rungut Leman.

Ktik ktik ktik bunyi kalkulator ditekan.

“Haa tengok. Abah pun dapat 50% kan? Kakak cakap tak caye.”

“Ermm kalkulator rosak ni. Kalau harga kos RM40, jual RM80, mestilah untung 100%. Mana boleh 50% je. Pergi amik henfon abah.”, Leman tak puas hati.

Ktek ktek ktek bunyi kalkulator henfon ditekan.

“Kenapa dahi abah berkerut? Henfon abah pun rosak ke? Hehe.”

“Aduh.. kenapa dapat 50% je ni? Abis tu selama ni aku ingat bisnes aku untung 100% tu semua salah la rupanya. Patut la bisnes aku macam hidup segan mati tak mahu.”, keluh Leman di dalam hati.

 

Apa yang boleh anda belajar daripada cerita ini?

1) Apabila Leman kata untung sepatutnya 100%, yang dimaksudkan sebenarnya adalah Markup. Bukan Margin.

Ini beza formula Margin dan Markup:

 

Margin Untung = Untung / Harga Jual

Margin Untung = RM40 / RM80

Margin Untung = 50%

 

Markup Untung = Untung / Kos

Markup Untung = RM40 / RM40

Markup Untung = 100%

 

2) Pengiraan Markup akan menunjukkan yang anda banyak untung. Walaupun sebenarnya tidak.

20% Markup = 16.7% Margin

30% Markup = 23% Margin

40% Markup = 28.6% Margin

50% Markup = 33% Margin

100% Markup = 50% Margin

Untung 100% atau lebih dari itu sebenarnya tahyul.

 

3) Gunakan Margin apabila menentukan harga jualan. Kalau gunakan Markup, akan ada beberapa masalah yang timbul.

Contohnya kos-kos tersembunyi lain akan diabaikan. Maka harga jualan kurang tepat.

Untung boleh jadi nipis atau rugi terus.

 

4) Peratus Margin untung akan nampak kecil tapi itulah realitinya.

Apa guna gebang profit bisnes anda 100%, 500%, 900%, tapi sebenarnya yang hado!

Harap anda akan lebih berhati-hati buat kira-kira untuk bisnes.

Selepas anda gunakan Margin, harga jualan akan lebih tepat. Untung akan berlipat ganda naik. Bisnes akan bertambah stabil.

Siti Fatimah Siti Fatimah

Perkongsian terbaik.



Ahmad Sidry Ahmad Sidry

Saya suka. Lama dah tunggu siapa yang pandai tulis.



Tak pasti berapa banyak untung anda?

Download percuma sekarang Kalkulator Margin Untung untuk pastikan!

KLIK SINI SEKARANG

 

 

 

Wahai peniaga, kenapa buang harga?

Anda boleh komen di bawah: