UMARvellous

Usahawan Super

UMARvellous - Usahawan Super

Kenapa saya berniaga?

Saya ada bermacam-macam jawapan kepada soalan tersebut.. Tapi jika saya memberikan jawapan yang ‘macam-macam ada’ tu, maka post kali ni akan menjadi lebih panjang daripada novel Jutawan Gedik!

Saya ada satu sebab yang paling awal kenapa saya memilih untuk berniaga.. Kejadian ini berlaku semasa saya bersekolah rendah.. Tak silap saya masa tu saya darjah enam.. Jom kita flashback.. Woooshh.. (bunyi efek flashback)

Hari itu saya balik rumah jalan kaki.. Tak ingat kenapa tapi mungkin sebab tertinggal bas sekolah.. Dalam perjalan pulang tu saya nampak seorang pakcik berjalan depan saya dengan gitar.. Oh saya kenal pakcik itu.. Dia mencari rezeki dengan bermain gitar depan KFC seksyen 14 Petaling Jaya.. Dia buta..

Nak dijadikan cerita, masa pakcik tu seberang jalan, saya perasan yang tutup besi bulat tengah jalan tu terbuka.. Kalau saya buat bodoh haruslah pakcik itu jatuh ke dalam lubang yang terbuka itu.. Saya pon dari belakang berlarilah pegang tangan pakcik tu halang dia jalan terus.. Terkejut pakcik.. Ingat orang nak meragut la tu..

Lepas saya pimpin pakcik tu menyeberang jalan dengan selamat, saya biarkan dia berjalan dengan gitar dia.. Ntah kenapa saya rasa segan nak pimpin dia terus ke KFC.. Padahal tak jauh lagi dalam 100 meter je.. Sengal kan?

Dan tiba-tiba saya terdengar bunyi ‘Tang’! Bila saya pandang depan, rupanya pakcik buta tadi terlanggar tiang ‘One Way’.. Muka dia terhentak kat besi tiang tu.. Masa tu hati saya rasa sentap + sayu + bersalah + nak nangis!

‘Apa aku dah buat ni?’, kata saya dalam hati.. Terus saya dapatkan pakcik tu bawa dia depan KFC.. The end!

Aik? Jadi apa kaitan cerita pakcik buta langgar tiang ni dengan sebab kenapa saya berniaga? Sebabnya ialah pada ketika itulah saya telah memasang hajat untuk menjadi orang kaya supaya saya dapat bina sebuah pusat orang buta.. Di pusat itu nanti akan ditempatkan orang buta untuk diberi bimbingan agar berdikari.. Masa tu saya terfikirlah nanti boleh ajar orang buta cara untuk mengukir, bertukang, menganyam dan segala macam kebolehan yang boleh memberikan sumber pendapatan kepada mereka..

Kira one stop centre untuk orang buta lah.. Supaya mereka tak payah nak jalan jauh-jauh sampai terlanggar tiang..

Hajat itu hanya boleh tercapai sekiranya saya menjadi kaya.. Cara terbaik untuk menjadi kaya pula adalah dengan berniaga..

Related Posts with Thumbnails
Share
Category: Bisnes
  • Tok Peraih Emas says:

    Nice blog and Nicely written.

    2011/03/31 at 7:26 pm
    • admin says:

      Terima kasih Tok Peraih Emas.. Amacam bisnes emas? ada bagus?

      2012/04/11 at 6:20 pm
  • smartzul says:

    Supaya mereka tak payah nak jalan jauh-jauh sampai terlanggar tiang.

    Terbaik tuan… Setiap orang ada sebab tersendiri mereka memulakan bisnes. Cara tuan mahu bermula adalah unik. Satu perkongsian cerita yang menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai cerita-cerita para usahawan. :)

    2012/04/11 at 12:28 am
    • admin says:

      Haha memang unik tuan.. Saya harus berterima kasih kepada pakcik buta itu.. =)

      2012/04/11 at 6:17 pm

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*