
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah pernah berkata,”Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”. Jadi jika anda tidak mahu gagal dalam soal kewangan, merancanglah dari sekarang.. Tapi apa itu perancangan kewangan?
Dalam kehidupan kita seharian, kita mempunyai beberapa pilihan.. Memilih membeli atau menyewa.. Memilih memiliki atau meminjam.. Memilih mahal atau murah.. Memilih besar atau kecil.. Sebahagian pilihan kita itu memerlukan penggunan wang.. Oleh sebab itu kita perlu memilih untuk merancang daripada melakukan pilihan sembarangan kerana takut pilihan itu akan memakan diri..
Orang yang memilih untuk menggunakan kad kredit sesuka hati tanpa had akan menjadikan diri sendiri bankrup.. Itu yang sedang berlaku kepada kebanyakan belia di Malaysia.. Akibat daripada tidak mempunyai pendidikan kewangan yang baik dari awal.. Institusi pendidikan kita seperti sekolah dan universiti gagal mengajar itu..
Perancangan kewangan mempunyai tempoh yang panjang.. Selalunya sehingga tempoh persaraan.. Ia melibatkan soal-soal masa depan dan tertentu seperti perkahwinan, percutian, membeli kereta, membeli rumah, pelajaran dan sebagainya..
Di dalam perancangan kewangan, anda akan menentukan pendapatan, tabungan dan belanjawan bagi sepanjang masa agar ianya mengikut perancangan..
Terdapat 5 langkah penting dalam proses perancangan kewangan:
1. Nilai kedudukan kewangan semasa anda
2. Tetapkan matlamat anda
3. Sediakan pelan kewangan selengkapnya
4. Laksanakan pelan tersebut dengan disiplin
5. Pantau dan nilai semula kedudukan kewangan anda