Buku Panduan Bisnes Mudah.my

Buku sulung saya iaitu Panduan Bisnes Mudah.my telah selamat dikeluarkan pada awal bulan Mac ini. Cetakan pertama telah selesai 2 ribu unit. Alhamdulillah akibat sambutan yang baik, buku ini telah memulakan cetakan kedua berjumlah 2 ribu unit lagi.

Buku yang mengandungi 17 bab ini mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihasilkan. Di dalam buku ini saya banyak tunjukkan skrinsyot supaya mudah pembaca untuk mengikuti langkah yang diberikan.

Buku ini saya sasarkan untuk anda yang mahu berbisnes di Mudah.my dan yang baru mahu menceburkan diri dalam bisnes online. Bagi saya Mudah.my merupakan medium perniagaan online paling mudah untuk dimulakan. Jika di Mudah.my anda sudah rasa sukar, maka anda akan mengalami lebih kesukaran untuk menggunakan medium lain seperti email, forum, blog, Facebook dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan buku ini di kedai buku MPH dan Popular.

Saya mendoakan semua pembaca mendapat manfaat daripada buku Panduan Bisnes Mudah.my!

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.