UMARvellous

We are marvellous!

Seminar Pembangunan Diri dan Komunikasi

Pada minggu lepas saya telah dijemput untuk menjadi ahli panel pada Seminar Pembangunan Diri dan Komunikasi di UiTM, Shah Alam.. Dengan hati yang terbuka, saya menerima jemputan tersebut.. UiTM di hatiku kannn..

 

Seminar tersebut telah berlangsung di Fakulti Pengurusan Perniagaan.. Ia dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar-pelajar yang marvellous! Untuk melihat wajah-wajah yang marvellous tu, boleh la ke Facebook saya..

 

Antara topik yang dikongsikan pada seminar tersebut ialah ‘Online Customer Service’ atau Khidmat Pelanggan Atas Talian.. Memandangkan perniagaan secara online telah lama saya jalankan, maka topik sebegini petik jari je.. hehe

 

Alhamdulillah, suka saya bila ramai pelajar yang angkat tangan bila saya tanya siapa yang berminat untuk menjadi usahawan.. Saya harap cita-cita dan semangat mereka itu diteruskan.. Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan mampu memberi tambah nilai terhadap cita-cita mereka.. Jangan lepas dah keluar universiti, angkat bendera putih pula!

Share

Pos Laju Malaysia kini ada prabayar

Tahukah anda yang Pos Laju Malaysia kini menawarkan servis prabayar?

 

Jika dulu, kita perlu bungkus barang dan kemudian bawa ke Pejabat Pos untuk ditimbang kemudian bayar kos penghantaran.. Kini, anda boleh beli dulu bungkusan Pos Laju prabayar dan kemudian terus hantar ke Pejabat Pos untuk penghantaran..

 

Dengan konsep bayar, bungkus dan hantar, saya yakin servis terbaru daripada Pos Malaysia ini akan memudahkan ramai peniaga produk fizikal secara Online..

 

Pos Laju prabayar didatangkan dalam 2 jenis bungkusan iaitu sampul dan kotak.. Lihat gambar berserta saiz, berat dan harga di bawah..

 Sampul Prabayar S
280mm x 200mm
500g
RM6

 Sampul Prabayar L
380mm x 320mm
1kg
RM9

 Kotak Prabayar S
340mm x 250mm x 80mm
2kg
RM13

 Kotak Prabayar M
340mm x 250mm x 150mm
5kg
RM20

 Kotak Prabayar L
380mm x 320mm x 200mm
10kg
RM30

Diingatkan bahawa servis ini hanyalah untuk Semenanjung Malaysia sahaja.. Servis ini juga mempunyai insuran sehingga RM300 jika berlaku kehilangan atau kerosakan..

 

Syabas kepada Pos Malaysia kerana menyediakan servis Pos Laju prabayar terbaru ini.. Harap semua peniaga produk fizikal secara online dapat memanfaatkannya.. Dan yang baru nak mencuba berniaga secara online, servis ini akan memudahkan percubaan pertama anda.. =)

Share

Lagu Raya Aidilfitri

lagu raya aidilfitri
Lagi 10 hari dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri.. Macam mana dengan persiapan semua? Dah setel? Raya-raya jugak, tapi baki bulan Ramadhan ni jangan kita sia-siakan.. Kita dah masuk dalam fasa ke tiga di bulan yang mulia ini.. Fasa Pembebasan Dari Api Neraka!

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita supaya meningkatkan lagi amal ibadat kita di fasa ke tiga ini dengan mengajak anak dan isteri bangun bersolat di tengah malam.. Cari malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.. Malam lailatul qadar.. Alangkah beruntungnya kita jika berjaya mendapat malam ini.. Saya yakin, insan yang secara ikhlas beramal ibadat sejak daripada awal Ramadhan, pasti akan menjumpai malam marvellous itu..

Minggu ni juga dah mula rancak Lagu Raya Aidilfitri berkumandang di corong-corong radio.. Sekadar nak berkongsi, ini carta top 5 lagu Raya yang saya minati.. =)
Continue reading

Share

Himpunan Hadis Sahih – Puasa

Esok masuk minggu ke dua Bulan Ramadhan 1432H.. Alhamdulillah, bulan puasa tahun ini berlangsung lancar tanpa lakonan gastrik.. ngee..

Semalam ada baca satu buku yang berjudul 300 Hadis Bimbingan terbitan Telaga Biru.. Hadis-hadis sahih ini telah disusun oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd Nazam..

Terdapat beberapa bab dalam buku ni, tapi saya nak kongsi bab Puasa je.. Tengah mood puasa kan..

1. Puasa Perisai Diri

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Puasa adalah pelindung daripada api neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku berpuasa’.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Continue reading

Related Posts with Thumbnails
Share