UMARvellous

We are marvellous!

Ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif


“Tuan buat bisnes apa ye?”, tanya saya kepada Encik Adam (bukan nama sebenar).. Padahal ketika itu tangan saya sedang memegang kad bisnes Tuan Adam.. Kenapa senario tersebut terjadi? Ini adalah kerana kad bisnes Tuan Adam tidak memiliki ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif.. Jom kita tengok bagaimana ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif ni..

1. Logo

Bisnes anda ada logo ke tak? Kalau tiada, sila buat.. Logo bisnes akan diletakkan di kad bisnes sebagai suatu penjenamaan.. Pastikan reka bentuk logo bisnes itu bersesuaian juga untuk digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, inbois, resit dan segala cetakan lain..

2. Selogan atau tagline

Macam KFC selogan mereka ialah “Finger Lickin’ Good”.. Itu dulu.. Sekarang dah tukar ke “So good”.. Jadi selogan atau tagline bisnes anda kena diletak ke dalam kad bisnes supaya ia memberi gambaran awal tentang bisnes yang dijalankan..

3. Font

Saiz font harus tidak kurang dari 8.. Sebab jika kurang daripada tu, takut-takut sesetengah orang tak dapat baca.. Kena pula kalau pelanggan kita tu rabun dekat.. Kesian dia terkebil-kebil tengok kad bisnes kita..

4. Warna

Warna latar dan font pastikan kontra.. Kalau warna dah dekat sama, menyusahkan orang nak baca.. Orang yang tak rabun warna pon boleh ambil masa sejam nak faham apa kita tulis.. Kuantiti warna dalam kad bisnes sebaiknya tidak melebihi 5..

5. Material

Gunakan material yang berkualiti.. Jangan gunakan kad lembut yang mudah koyak atau terlipat di hujung.. Material baik yang paling popular adalah art card 260 gsm.. Material ni tak tebal tapi keras..

6. Offset vs Digital printing

Dari segi kualiti warna, offset memang lebih cantik daripada digital printing.. Kosnya pon lebih murah.. Material kad pon pelbagai.. Nak matt laminate boleh.. Spot UV boleh.. UV varnish boleh.. Eh semua boleh lah! Jadi buat jelah kad tu dengan offset printing..

7. Maklumat

Anda tak perlu letakkan status anda yang sudah berkahwin atau bujang di dalam kad bisnes.. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, nombor telefon, emel, alamat, laman web, laman sosial, servis dan produk yang ditawarkan.. Itu antara yang penting..

7 poin di atas merupakan sebahagian ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif.. Pastikan anda semua memiliki ciri-ciri tersebut pada kad bisnes masing-masing.. Jika tiada, sila lah buat yang baru ye? Bukan mahal pon buat kad bisnes ni..

Share

Penting ke kad bisnes?

Penting ke kad bisnes? Mari saya berikan poin-poin ringkas tentang kepentingan kad bisnes bagi setiap usahawan dan bakal usahawan di luar sana..

1. Rangkaian

Rangkaian ataupun networking merupakan nadi di dalam dunia perniagaan.. Dengan adanya kad bisnes kita dapat menambahkan rangkaian kita.. Berikan kad bisnes kita kepada rakan, saudara, prospek, rakan niaga atau mana-mana pihak yang bersesuaian.. Jika tidak mereka sendiri, mungkin individu di sekeliling mereka yang dapat menambah nilai bisnes kita pada masa depan..

2. Maklumat Bisnes

Kad bisnes yang baik mempunyai ciri-ciri yang tertentu.. Antaranya ialah maklumat bisnes yang lengkap.. Nama perniagaan atau syarikat, alamat, nombor telefon, laman web, servis dan produk yang ditawarkan harus menjadi sebahagian isi kandungan kad bisnes.. Dengan maklumat ini, pihak yang baru menerima kad bisnes kita akan tahu sedikit sebanyak maklumat perniagaan kita..

3. First Impression

First impression atau cinta pandang pertama.. (eh betul ke? haha) Sedikit sebanyak kad bisnes kita akan mempengaruhi bagaimana pandangan pertama individu terhadap bisnes kita.. Jika kualiti dan isi kandungan kad bisnes kita baik, maka sudah pasti ini akan memberikan persepsi positif kepada bisnes kita..

4. Alat Pengingat

Saya selalu juga menyertai perhimpunan haram bisnes di sesetengah tempat anjuran pihak swasta dan kerajaan.. Di dalam perhimpunan begini kita akan berjumpa dengan ramai ahli perniagaan.. Setiap daripada mereka akan memberikan kad bisnes masing-masing.. Mustahil saya mampu untuk mengingati nama dan bisnes mereka semua.. Apabila tiba masanya saya memerlukan servis atau produk mereka kelak, maka kad inilah yang akan menghubungkan kami kembali..

5. Ice Breaker

Apa maksud Ice Breaker dalam BM ek? Katakanlah kita berjumpa dengan individu tertentu di dalam sebuah program perniagaan semasa sesi minum pagi.. Perkara pertama yang kita buat adalah menyapa individu tersebut dengan Hi atau Salam dengan disusuli pertanyaan seperti ‘Nama siapa?’ dan ‘Dari mana?’.. Kemudian kita berikan kad bisnes kita.. Dan akhirnya dua individu akan sibuk bercakap mengenai bisnes masing-masing sehingga kopi menjadi sejuk..

Itulah dia 5 poin ringkas tentang kepentingan kad bisnes.. Nanti saya akan kongsikan pula ciri-ciri yang perlu ada bagi sekeping kad bisnes yang baik dan efektif..

p/S: di China saya menggunakan kad bisnes untuk pulang ke hotel menggunakan teksi.. =)

Share

Cara buat duit menjual produk informasi dengan CD dan DVD


Hari ni saya nak kongsikan cara buat duit menjual produk informasi dengan CD dan DVD..

1. Produk

Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu produk informasi.. Secara mudah produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.. Anda boleh menghasilkan produk informasi ini dengan mudah dari rumah.. Sebagai contoh jika anda seorang pereka grafik, anda boleh menghasilkan video Teknik Editing Photoshop.. Video tersebut boleh diduplikasi ke dalam CD atau DVD untuk dijual..

Jika anda tiada masa untuk menghasilkan produk informasi itu, anda boleh dapatkan daripada orang lain.. Sebagai contoh anda boleh dapatkan produk informasi yang mempunyai hak jualan semula.. Saudara SmartZul ada menjual produk video Kuasa FTP yang mempunyai hak jualan.. Anda boleh duplikasikan video tersebut ke dalam CD untuk dijual semula..
Continue reading

Share

Kenapa saya berniaga?

Saya ada bermacam-macam jawapan kepada soalan tersebut.. Tapi jika saya memberikan jawapan yang ‘macam-macam ada’ tu, maka post kali ni akan menjadi lebih panjang daripada novel Jutawan Gedik!

Saya ada satu sebab yang paling awal kenapa saya memilih untuk berniaga.. Kejadian ini berlaku semasa saya bersekolah rendah.. Tak silap saya masa tu saya darjah enam.. Jom kita flashback.. Woooshh.. (bunyi efek flashback)

Hari itu saya balik rumah jalan kaki.. Tak ingat kenapa tapi mungkin sebab tertinggal bas sekolah.. Dalam perjalan pulang tu saya nampak seorang pakcik berjalan depan saya dengan gitar.. Oh saya kenal pakcik itu.. Dia mencari rezeki dengan bermain gitar depan KFC seksyen 14 Petaling Jaya.. Dia buta..

Continue reading

Share

Mahu berniaga di bulan Ramadhan?

Minggu depan bulan Ramadhan akan kembali ke pangkuan kita.. Bulan penuh keberkatan ini disambut dengan penuh keinsafan oleh setiap Muslim di Malaysia dan seluruh dunia.. Punyalah insaf sampai ramai artis yang mengurangkan aktiviti kerja mereka atau bercuti terus pada bulan tersebut.. Apa maksudnya ye?

Pada bulan ini ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat duit lebih.. Boleh saya katakan bulan itu juga bulan yang masyuk bagi yang berniaga, dan bulan yang kering bagi yang berbelanja.. Bazar Ramadhan akan mula bersepah di mana-mana saja.. Yang tak pandai memasak pon akan turut serta berniaga kuih muih dan lauk pauk.. Kalau tak sedap ‘confirm’ kena sumpah dengan pembeli..

Antara bisnes yang masyuk untuk dijalankan ketika bulan Ramadhan ialah menjual kurma, kuih, kerepek, kek lapis sarawak, seluar jeans, baju raya, songkok, kerongsang dan tidak dilupakan mercun.. Hoho yang terakhir tu tolong jangan jual ye.. Tidak baik untuk kesihatan..

Di sini saya senaraikan pemborong, pembekal dan penjual beberapa produk tersebut.. Mana lah tau anda mungkin berminat untuk mendapatkan produk tersebut untuk dijual kembali.. Jadi pandai-pandai la ‘deal’ dengan mereka semua ni.. Selamat menambah rezeki di Bulan Puasa..

1. Songkok

• A.M. Tios
Alamat: 8 Jalan Raja Bot, 50300, Kuala Lumpur
Telefon: 03-26931768

• Reden Tailor
Alamat: No.25, Jalan ST 1C/9, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900, Sepang, Selangor
Telefon: 019-3116580

• Zaaba Enterprise
Telefon: 012-9044854

• Asiah Binti Dasuri
Alamat: No.5, Bangunan Pasar Jawa, 41400, Klang Selangor
Telefon: 016-2684091

• Kas Tailor
Alamat: No.6 & 10A Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 5100, Kuala Lumpur
Telefon: 03-26989514 / 019-3701277

2. Kurma

• Kurmawi Jadid Resource
Alamat: No 148, Jalan Rumbia 18/19, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor
Telefon: 019-2794035

• Kurma Paradise
Telefon: 012-6515182

• Pancarsel (M) Sdn Bhd
Alamat: No. 36G, Persiaran 65C Pekeliling Business Centre Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
Telefon: 03-40214100

• Hani F&B Industries
Alamat: No. 19 Jalan Industri USJ 1/13 Taman Perindustrian USJ 1, Petaling 47600, Selangor
Telefon: 013-2594060 (p)

• Kurma-n-Such
Alamat: Suite SA 6-2A, Lorong Pandan Utama 5, Pandan Utama, 68000 Ampang,Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-9200 5526

3. Baju Raya

• Beautiful Sofea Enterprise
Telefon: 019-2188241

• Zy’s Jelita Boutique
Alamat: No.17, Ground Floor, Jalan Teras Jernang 27/ 8, Sekysen 27 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-51913758

• Assyaima Collection
Alamat: PT1119 Kedai Melayu Simpang Kallang, 27600 Raub Pahang
Telefon: 019 994 7664

• Rina J Enterprise
Alamat: No. 36A, 1st Floor Lorong Meranti Dua, Off Jalan Kenanga 55200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: 03-9222 7273

• Diea Bahari Boutique Enterprise
Telefon: 012 3150808

4. Kuih Raya

• Kuih Raya kelana Jaya
Telefon: 012 3159254

• Kyriena cookies
Telefon: 012 4949735

• Syaz Delight
Telefon: 019 2523382 / 019 3005211

• Home Made
Telefon: 016 2792755

5. Kek Lapis Sarawak

• Mila’s Kek Lapis
Telefon: 019 6095372

• Kek lapis sarawak Puan Diyana
Telefon: 013 8013315

• Kek lapis sarawak Petaling Jaya
Telefon: 019 643 4343

• Sury Kek Lapis Sarawak
Telefon: 019 3178264

• Kek Lapis Sarawak Dayang fatimah
Telefon: 012 2231397

6. Kerongsang / Brooch / Butang baju melayu

• Yus Butik Online
Telefon: 012 4634894

• Mutiara Sabah House
Telefon: 013 4906806

• Wanirma’s Collection
Telefon: 019 9332235/ 012 8366625

• Yuri Collection
Telefon: 013 8682983 / 013 8679454 / 08 7467834

• Dazzle Bay Shoppe
Telefon: 019 8514973

Related Posts with Thumbnails
Share