UMARvellous

We are marvellous!

kenapa perlu Pra Pelancaran?

Alhamdulillah.. Pra Pelancaran UMTboutique.com telah selamat dilakukan pada 5 Mac 2012 yang lalu.. Pelbagai reaksi yang saya terima daripada Pra Pelancaran tersebut dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka..

 

Ada beberapa rakan yang bertanya kenapa saya buat Pra Pelancaran UMTboutique.com? Kenapa tak buat pelancaran biasa terus? OK hari ni saya akan berikan beberapa sebab kenapa perlu untuk kita buat Pra Pelancaran!

 
1. Menguji Pasaran

Sebelum anda jual produk anda di pasaran, anda tidak akan tahu respon sebenar pelanggan terhadap produk tersebut.. Mungkin sebelum ini anda sekadar mengagak atau mendengar khabar angin yang produk sekian-sekian pasti mendapat sambutan.. Tetapi dengan melakukan jualan di Pra Pelancaran, anda cuma perlu jual beberapa produk dalam jumlah kecil.. Kemudian melalui respon awal ini anda boleh kembangkan jualan dengan menambah produk yang benar-benar mendapat sambutan..

 
2. ‘Buat Gempak’

Bahasa pasarnya ‘Buat Gempak’, bahasa skemanya mencipta kesedaran.. Anda boleh buat orang sedar atau ‘alert’ dengan produk yang bakal anda jual.. Mungkin produk anda belum cukup sempurna, tapi dengan kegempakan yang telah anda buat pasti orang akan bercakap-cakap tentang produk anda.. Secara tak langsung ini akan mencipta viral marketing.. Anda boleh memperhebatkannya dengan mencipta sensasi, kontroversi, gimik dan yang sewaktu dengannya!

 
3. Menguji sistem laman web

Di laman web UMTboutique.com anda boleh mendaftar sebagai pembeli, agen Affiliate, Rakan Niaga Dropship dan sebagai Pemborong.. Setiap ini akan melalui prosedur pendaftaran yang berbeza di laman web.. Apa yang saya fikir mudah bagi saya, mungkin susah bagi orang lain.. Jadi dari sini saya dapat menguji sama ada sistem pendaftaran di laman web ini mesra pengguna atau tidak..

Saya juga akan dapat ketahui jika ada bug atau kecacatan pada sistem laman web.. Dari sini pembetulan akan dibuat menjurus sistem yang sempurna..

 
4. Penambahbaikan

Setelah membuat Pra Pelancaran, saya menerima 1001 komen negatif dan positif daripada rakan-rakan dan umum.. Saya mendengar dan cuba memahami setiap komen yang diberi.. Mungkin ada produk perlu diperbaiki, ada yang perlu ditambah.. Perlukan sistem pembelian yang lebih mudah.. Mahukan video tutorial..

Saya berkomunikasi dengan setiap daripada mereka bagaimana penambahbaikan yang mereka mahu.. Jadi sedikit demi sedikit saya mengubah apa yang patut bagi memenuhi keinginan mereka demi kemudahan semua..

 
5. Pendapatan awal

Walaupon ia cuma Pra Pelancaran, pendapatan awal sudah boleh diraih.. Sebagai permulaan saya memberikan penghantaran percuma kepada setiap pelanggan daripada Malaysia.. Untuk Rakan Niaga Dropship pula saya gugurkan yuran pendaftaran RM59 khas untuk rakan-rakan di Facebook saya.. Dengan ini jualan sudah pon rancak dimulakan.. =)

 

Kita perlu ingat yang kesempurnaam tidak akan datang dengan sekelip mata.. Kesempurnaan memerlukan proses berperingkat.. Jika anda hanya mahu bertindak selepas rasa ia sempurna, maka anda akan ketinggalan jauh.. Oleh itu buat lah Pra Pelancaran untuk projek anda dan perbaikilah ia secara berperingkat!

Share

Kuasa Leverage: Rahsia Orang Kaya


Ini tiada kaitan dengan cerita Leverage kat tv tu.. Leverage yang saya nak ceritakan ni bemaksud kekuatan atau daya ungkit.. Kuasa Leverage yang digunakan sekian lama oleh orang-orang kaya..

 

Bagaimana anda boleh menggunakan segala sumber yang ada di sekeliling untuk mempercepatkan usaha sesuatu kerja? Sebagai contoh, anda nak buat laman web menjual kasut buatan sendiri secara atas talian.. Masalahnya anda hanya pandai buat kasut tapi tak pandai buat laman web.. Haa camne tu? Senang je.. Cuba minta bantuan rakan anda yang memang mahir membuat laman web.. Anda boleh tawarkan beliau sedikit upah atau mungkin berikan komisyen atas setiap kasut yang berjaya dijual.. Jika beliau setuju, projek menjual kasut secara atas talian anda dapatlah dipercepatkan.. Kalau anda yang kena buat sendiri, hujung tahun ni pon belum tentu lawab web tu boleh siap.. =P

 

Contoh lain, anda minat memasak dan ingin membuka restoran sendiri.. Anda mungkin pandai masak nasi goreng paprik, ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, telur bungkus dan yang sewaktu dengannya.. (lapar lah pulak..) Tapi soal pengurusan restoran melibatkan banyak perkara lain seperti pencarian tenaga kerja, perancangan kewangan, pemasaran dan lain-lain.. Bagi mencapai impian anda untuk membuka restoran dalam masa singkat, adalah lebih baik anda mencari seorang rakan niaga yang mempunyai kebolehan yang saya nyatakan di tadi..

 

Adalah sukar untuk anda menguruskan pelbagai hal dalam satu masa.. Lebih baik tugas yang anda tidak punya kemahiran itu diserahkan kepada yang lebih arif.. Dengan mengamalkan Kuasa Leverage, anda sebenarnya sedang memanfaatkan:

1. Masa
2. Tenaga
3. Kemahiran
 
Bukannya masa, tenaga dan kemahiran anda sendiri, tapi orang lain.. Cuba terapkan Kuasa Leverage ini dalam hidup anda secara berperingkat hari ini.. Semoga anda juga menjadi sebahagian orang-orang kaya di Malaysia!

Share

5 faedah pancing pelanggan dengan penghantaran percuma!

Semasa saya memberikan perkongsian ilmu Pemasaran Internet dengan pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan di UiTM Shah Alam akhir tahun lalu, saya telah ditanya oleh salah seorang pelajar tentang penghantaran barang yang dibeli secara online.. Jadi hari ni saya nak kongsikan, 5 faedah jika kita berikan penghantaran percuma kepada para pelanggan kita tidak kira perniagaan kita secara online atau offline!

 

1. Percuma sokmo
Jarang sebenarnya peniaga online nak berikan penghantaran percuma secara berterusan.. Tetapi saya sendiri telah berikan tawaran ini kepada pelanggan saya di Lelong.my dan Mudah.my.. Akibatnya jualan telah berganda bila saya berikan tawaran ini.. =)

 

2. Khas untuk ahli sahaja
Anda juga boleh berikan penghantaran percuma khas untuk ahli sahaja.. Seperti yang saya buat di UMTboutique.com.. Setiap pelanggan harus berdaftar akaun keahlian untuk diberikan beberapa keistimewaan dan antaranya ialah penghantaran pakaian secara percuma!

 

3. Jumlah pesanan minimum
Saya baru balik daripada China untuk mendapatkan stok baru perniagaan.. Ada pembekal di sana yang akan memberikan penghantaran percuma ke hotel jika pelanggan membeli dengan jumlah yang tertentu.. Jika jumlah yang dibeli kurang daripada yang diharapkan, maka yuran penghantaran dikenakan sebanyak 50 Yuan atau 25 Ringgit.. Jadi dengan ini, pasti pelanggan akan menambah belian mereka.. (seperti saya.. =P)

 

4. Hanya ke atas barangan tertentu
Untuk peniaga yang menyimpan stok, anda boleh berikan penghantaran percuma hanya untuk stok tertentu seperti stok lama.. Jadi dengan ini mudah lah untuk anda menghabiskan stok lama.. Jangan jual stok lama yang dah rosak sudah la ye..

 

5. Kadar rata
Yang ni bukanlah 100% percuma.. Tapi kira OKlah kan.. Kadar rata untuk semua penghantaran.. Sebagai contoh, pelanggan daripada semenanjung dan Sabah & Sarawak, sama saja yuran penghantaran yang dikenakan.. Sepatutnya Sabah & Sarawak lagi mahal.. Jadi ini akan memudahkan pelanggan untuk menganggar budget belian mereka dan membuang rasa was-was untuk membeli kerana mungkin takut ada kos tersembunyi..

 

Jadi macam mana? Nak tawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan tak?

Share

Tips Laman Web e-Dagang: Tentang Kami

About US Page atau dalam laman web berbahasa Melayu kita namakan sebagai page Tentang Kami.. Tahukah anda kebanyakan pelawat yang pertama kali ke laman web e-commerce atau e-dagang anda akan ke page tersebut? Melainkan anda sudah popular seperti AirAsia.com, maka pelawat kali pertama ini tidak perlu tahu siapa anda.. Setiap perkara berikut dalam page Tentang Kami akan meninggalkan kesan yang positif jika diisi dengan betul!

 

 

Latar belakang ringkas tentang syarikat, kakitangan dan nilai-nilai perniagaan.. Mungkin anda boleh terangkan bagaimana ia telah bermula, beberapa orang pekerja yang ada dan misi atau visi perniagaan anda.. Matlamatnya adalah untuk memupuk kredibiliti dan kepercayaan dengan pelanggan..

 

 

Seterusnya, gambar atau video lokasi perniagaan anda.. Dengan memaparkan lokasi perniagaan fizikal kepada pelanggan, ini akan meningkatkan tahaap kepercayaan pelanggan terhadap anda.. Ada dikalangan pelanggan saya juga yang mesti nak datang sekali dahulu ke premis perniagaan sebelum membuat belian secara online seterusnya..

 

 

Selanjutnya, jika anda memang sedia untuk menerima pelanggan di kedai atau premis perniagaan anda, letakkan Google Maps pada page Tentang Kami.. Anda boleh meletakkan peta ini juga di page Contact Us atau Hubungi Kami.. Anda boleh ‘configure’ peta untuk menunjukkan dengan tepat lokasi perniagaan anda..

 

 

Akhir sekali ialah waktu operasi, alamat premis, nombor telefon dan alamat e-mel jangan lupa dipaparkan.. Anda juga mempunyai pilihan untuk meletakkan maklumat ini di page Hubungi Kami.. Ini akan membuat orang ramai mudah untuk menghubungi anda dan anda akan membina kredibiliti yang lebih baik daripada pesaing yang menyembunyikan maklumat untuk berhubung dengan mereka..

 

 

Jadi macam mana dengan laman web e-commerce atau e-dagang anda? Ada ciri-ciri di atas?

Share

Misi ke China lagi..


1. Pada 16-21 Februari ini saya akan ke China lagi. (tolong jangan kata nak kirim barang)

 

2. Misinya cuma satu, untuk memborong stok baru bagi perniagaan yang baru diceburi iaitu pakaian lelaki.

 

3. Pada kunjungan ke China yang lepas saya cuma mengambil beberapa ratus baju lelaki untuk ‘test market’. Jualan telah dilakukan secara online dan di flea market.

 

4. Alhamdulillah responnya agak baik walaupun orang kata menjual pakaian perempuan lebih masyuk. Saya belum ‘berani’ untuk menjual pakaian wanita.

 

5. Daripada beberapa model yang telah dibeli dulu akan dibeli lagi mana-mana model yang mendapat sambutan paling hangat.

 

6. Model yang sambutannya suam-suam kuku, tidak akan diulang beli. Model yang tak laku pula akan disedekahkan saja. Duit tak dapat, pahala pon OK!

 

7. Model baru akan dibeli atas permintaan dan pandangan pelanggan sedia ada. Baju kemeja lengan pendek, permintaan baru yang tinggi.

 

6. Sebuah laman web, UMTboutique.com juga telah dibangunkan untuk mengembangkan lagi perniagaan pakaian ini.

 

7. Di laman web tersebut anda boleh berdaftar sebagai agen Affiliate atau rakan niaga Dropship untuk turut serta mencari rezeki. Pendaftaran sebagai pemborong juga akan dibuka tidak lama lagi. Maklumat lanjut sila layari UMTboutique.com

 

8. InsyaAllah jika segalanya berjalan dengan lancar, UMTboutique.com akan menjual pakaian wanita, kanak-kanak dan bayi pada masa akan datang.

 

9. Perjalanan ke China kali ini akan turut disertai rakan niaga baru dan lama. Semoga usaha bisnes kami ini akan dipermudahkan oleh-Nya.

 

p/s: hi moi.. =P

Related Posts with Thumbnails
Share