Ini antara soalan yang suka ditanya kepada saya.. Bagaimana untuk meletakkan alamat laman web di Mudah.my?
Sedia maklum bahawa Mudah.my tidak membenarkan pengiklan meletakkan alamat laman web di bahagian Ad Text.. Ini bagi mengelakkan trafik atau kumpulan pembeli di Mudah.my lari ke laman web yang lain..
Katakanlah anda menjual komputer dan di dalam iklan anda letakkan alamat laman web anda, www.komputermurah.com.. Pasti pihak Mudah.my tidak meluluskan iklan anda untuk diterbitkan..
Jadi ingin saya kongsikan di sini, bagaimana caranya untuk anda meletakkan alamat laman web di Mudah.my secara sah! Cuba perhatikan gambar di bawah..
Perhatikan garisan berwarna jingga.. Saya meletakkan alamat laman web sebagai alamat emel.. Jadi dengan ini, anda tidak dikira sebagai melanggar peraturan Mudah.my dan iklan anda akan diluluskan.. Pembeli yang membaca iklan anda dengan teliti pasti perasan alamat laman web yg berselindng di sebalik alamat emel.. Beginilah caranya ramai pelanggan akhirnya menjumpai laman web bisnes saya.. Selamat mencuba!





