Duit adalah ilmu.. Itu undang-undang baru duit nombor 1 dalam buku Conspiracy Of The Rich tulisan Robert T. Kiyosaki yang telah saya baca..
Yang menjadikan harta kita bertambah bukanlah sebab duit yang kita ada.. Bukan perkara utama yang menyebabkan ia berlaku.. Sebab utama yang menyebabkan harta kita bertambah adalah ilmu yang kita miliki..
Duit RM10,000 yang kita simpan tidak boleh bertambah dengan sendiri jika kita tidak menggunakan ilmu yang betul dalam menggandakannya.. Dengan ilmu yang betul, duit tersebut boleh digandakan menjadi RM100,000 malah ke RM1 juta sekalipun boleh.. Bergantung kepada ilmu yang kita miliki.. Jika kita tidak mempunyai ilmu atau menerapkan ilmu yang salah, duit RM10,000 tersebut boleh jadi RM1 dalam sekelip mata..
Itu kalau kita lihat daripada perspektif kewangan.. Ilmu lebih luas lagi.. Mahu bahagia? Ilmu boleh bantu.. Mahu disayangi? Ilmu boleh tolong.. Mahu penghormatan? Ilmu boleh bagi.. Apa sahaja yang kita hajati boleh dicapai dengan ilmu yang betul.. Dunia mahupun akhirat..
Bagi usahawan, jika dia dibekalkan dengan ilmu yang mantap dan pengalaman yang luas, empayar bisnes yang musnah hari ini dapat dibangunkan kembali esok lusa.. Tiada masalah.. Kerana ilmu penuh di dada, pengalaman keliling pinggang..
Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.. Kerana ilmu itu berubah mengikut peredaran masa.. Imu yang telah kita pelajari hari ini, mungkin akan expired minggu depan..
