Duit kita, duit kita & duit bisnes, duit bisnes

duit bisnes

Pening ke baca tajuk post ni? hehe

 

Dulu semasa saya mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan internet, saya mencampurkan duit bisnes dengan duit peribadi. Almaklumlah masa tu pelajar lagi.

 

Apabila pelanggan membeli produk dari saya mereka akan masukkan ke akaun peribadi saya. Bila saya buka akaun bank tengok duit, “Wah banyaknya duit aku!”.

 

Padahal itu duit bisnes, bukan duit saya. Kita kena tahu mana duit kita dan mana duit bisnes.

 

Sebaiknya asingkan duit bisnes dengan duit peribadi. Buka akaun perniagaan di mana-mana bank tempatan. Saya cadangkan Maybank dan CIMB.

 

Jika masih belum yakin untuk buka akaun perniagaan, buka lagi satu akaun peribadi yang khusus untuk kita gunakan ketika berurusan dengan pelanggan. Dengan ini kita tidak akan ‘terguna’ duit bisnes untuk hal peribadi.

 

Duit bisnes seharusnya hanya digunakan untuk perkembangan bisnes. Hanya ambil beberapa peratus sebagai gaji.

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.