Goda pelanggan dengan harga murah.

godapelanggandenganhargamurah

Bagaimana untuk gunakan taktik jual harga murah supaya pelanggan tergoda beli dengan harga mahal pula?

Saya bagi contoh.

Katakan anda jual kerepek di ofis. Pek besar harga RM10.

Kawan-kawan anda di ofis mungkin berat nak bayar RM10 terus.

Sebab mereka tak tahu sedap ke tak kerepek tu? Dah la harga RM10.

Apa yang boleh anda buat? Goda mereka dengan harga murah dulu.

Bungkus kerepek tu dalam pek kecil.

Kos mungkin dalam 50 sen.

Anda jual lah dalam RM1 ke.

Jadi kawan-kawan anda boleh bagi komitmen yang kecil dulu. Iaitu beli dengan harga murah.

Kalau mereka rasa puas hati dengan kerepek tu, pasti mudah untuk mereka beli pek yang besar.

Masa nilah anda minta mereka beli dengan harga mahal pula iaitu RM10.

Ramai diantara kawan-kawan anda mudah untuk beli dengan harga mahal sebab mereka dah percaya yang kerepek tu memang sedap.

Orang mudah beli produk atau servis yang mereka percaya.


Anda ada masalah harga seperti di bawah?

1) Tak tahu kira harga kos yang sebenar.

2) Takut naikkan harga nanti pelanggan lari.

3) Pesaing cantas harga jualan anda.

4) Pelanggan senyap lepas anda bagitahu harga.

5) Dan sebagainya.

Nak dapatkan tip-tip untuk selesaikan masalah ni?

Isikan emel, nama & klik butang biru sekarang.

Anda akan diberi tip-tip harga secara percuma.

 

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.