Macam mana nak jual barang mahal?

harga mahal

Macam mana nak jual barang mahal?

Senang je.

Katakan kita nak jual baju harga $1,000.

Kita letak baju harga $10,000 sebelah baju tu. Jadi baju harga $1,000 senang nak jual.

Serius?

Seriuslah. Ini namanya taktik Price Anchoring.

Universiti Rutgers ada buat kajian. Bila kita letak produk lebih mahal sebelah produk mahal, produk mahal tu akan nampak lebih murah.

Jadi orang tetap beli walaupun sebenarnya mahal.

=====

Saya bocorkan satu rahsia.

Saya ada guna taktik ni di Mudah.my.

Saya bagi contoh.

Saya buat 1 iklan produk X. Harga RM50.

Saya buat iklan ke 2 untuk produk X. Tapi harga RM70.

Tabiat prospek di Mudah.my dia akan bandingkan harga produk daripada banyak iklan.

Apa jadi bila dia bandingkan iklan produk X yang harga RM50 dan harga RM70?

Dia akan rasa RM50 lebih murah dan beli. Ini untuk pelanggan yang berkira pasal harga.

RM70 tu macam mana pula? Ini untuk pelanggan yang tak kisah pasal harga.

Pelanggan macam ni tak ramai, tapi tetap ada.

Dia tak kisah bayar lebih untuk nilai yang lebih. Untuk iklan ni saya ada beri free gift dan free delivery.

Pelanggan yang berkira pasal harga gembira dapat apa dia mampu bayar.

Pelanggan yang tak kisah pasal harga pun gembira dapat apa dia mampu bayar.

Buat pelanggan anda gembira dengan apa dia bayar. Maka harga mahal bukan isu besar lagi.


Anda ada masalah harga seperti di bawah?

1) Tak tahu kira harga kos yang sebenar.

2) Takut naikkan harga nanti pelanggan lari.

3) Pesaing cantas harga jualan anda.

4) Pelanggan senyap lepas anda bagitahu harga.

5) Dan sebagainya.

Nak dapatkan tip-tip untuk selesaikan masalah ni?

Isikan emel, nama & klik butang biru sekarang.

Anda akan diberi tip-tip harga secara percuma.

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.