Lepas dapatkan panduan harga ni saya dah tahu macam mana nak tetapkan harga untuk sebuah produk sebab sebelum ni saya cuma mark up ikut harga market yang diberikan supplier atau ganda dua atau 3 daripada harga kos.

~ Muhammad Nazmi


 

Nak tahu macam mana nak dapat untung walaupun jual dengan harga kos?

Mari baca perbualan di bawah.

=====

A: Saya ni niaga buah tuan.

B: Apa antara buah tuan yang laku?

A: Kalau yang tengah trending sekarang strawberry. Orang suka beli dengan sos coklat. Strawberry celup coklat layan tuan. Dato Siti pun suka. Haha. Tapi buah strawberry ni tak boleh tahan lama.

B: Yelah dia nak kena sentiasa sejuk. Tuan letak dalam peti ais kan?

A: Memanglah. Tapi rasa dia tetap lari jugak bila dah lama. Macam saya hari Ahad tak niaga. Jadi buah strawberry yang tak habis Sabtu tu banyak kena buang. Nak jual hari Isnin nanti rasa dah tak sedap.

B: Berapa harga kos strawberry tu?

A: 20 sen sebiji. Saya jual 40 sen sebiji.

B: Ermm apa kata petang Sabtu tu, tuan jual strawberry dengan harga 20 sen je. Buat promosi kasi habis stok.

A: Lohh.. mana nak untung macam tu tuan?

B: Memang la tak untung. Tapi modal dapat balik kan? Kalau buang gitu je lagi rugi kan?

A: Hmm betul jugak.

B: Lagi pun tadi tuan ada kata pelanggan yang beli strawberry selalunya akan beli sos coklat sama?

A: A’ah..

B: Jadi walaupun tuan tak buat untung daripada strawberry, tapi tuan tetap buat untung daripada sos coklat.

Bila strawberry dah murah, pelanggan tuan mungkin akan beli lagi banyak. Lagi banyak strawberry, lagi banyak lah sos coklat yang diorang beli jugak.

Takkan nak cicah strawberry dengan asam boi kan?

A: Eh betul la tuan. Tak buat untung dekat strawberry. Tapi boleh buat untung berganda kat sos coklat.

Nak gunakan strategi & taktik harga terkini yang boleh meningkatkan jualan anda?