Hai!

Hari ni saya akan kongsikan skrip untuk dapatkan jualan daripada prospek yang kata,

nanti saya fikir dulu.

Gunakan 3 skrip ini untuk tingkatkan jualan.

 

 

Skrip 1

Puan, saya sendiri bila kata nanti saya fikir dulu maknanya saya bagi alasan je.

Sebenarnya saya memang tak nak produk tu.

Atau saya tengah takde duit nak beli masa tu.

Atau saya nak survey yang lain dulu.

Puan cakap je terus terang dengan saya. Puan pun macam saya ke? Puan memang tak nak, tengah takde duit atau nak survey dulu?

Lepas prospek jawab dengar betul-betul. Bagi dia masa untuk luahkan apa sebenarnya yang terpendam tapi tak sampai hati nak cakap.

 

Skrip 2

Takpe puan. Tapi puan fahamkan yang produk ni boleh membantu puan?

Puan yakin kan kalau puan gunakan produk ni puan akan dapat kesan yang positif?

Boleh tak saya tahu apa faktor yang puan pertimbangkan untuk gunakan produk ni?

Dengar jawapan prospek dengan teliti. Kita akan dapat tahu apa yang boleh buat dia buat keputusan untuk membeli.

 

Skrip 3

Takde masalah puan. Bila saya boleh hubungi puan balik ye?

Dalam masa puan nak berfikir apa agaknya yang akan berlaku supaya puan akan yakin untuk cuba produk ni? Ada apa-apa boleh saya bantu?

Bagi masa prospek untuk berfikir. Tapi tetapkan terus bila kita akan hubungi dia kembali.

Cuba juga korek kenapa dia nak masa untuk berfikir tu? Apa dia nak buat? Apa boleh kita bantu untuk mudahkan dia berfikir?

 

Itulah dia 3 skrip yang boleh digunakan. Boleh guna salah satu. Nak guna semua pun boleh.

'Adjust' ikut kesesuaian bisnes masing-masing. Nanti dah cuba bagi tahu saya.

Anda pernah gagal menjual kepada prospek yang bagi alasan nanti saya fikir dulu?

Klik sini untuk berjaya dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan tersebut.