Hari ni saya akan ajar bagaimana untuk dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan,

mahal la harga produk ni.

Lihat skrip di bawah.

 

A: Mahal la harga produk ni..

B: Saya faham yang harga sangat penting untuk cik. Selain daripada harga, apa perkara lain yang penting ye?

Catit perkara-perkara lain yang prospek bagi tahu.

Ia mungkin sebab kualiti, kepantasan penghantaran, servis selepas jualan dan sebagainya.

Apabila prospek diam, cuba tanya lagi.

Sampai prospek dah tiada perkara lain nak kongsi.

Sekarang anda dah pun buat prospek sedar secara tak langsung adanya perkara-perkara lain yang penting selain harga.

Sekarang anda bandingkan perkara-perkara yang dinyatakan tadi dengan faktor harga.

 

B: Antara harga dan servis selepas jualan, mana yang lebih penting untuk cik?

Katakanlah saya tiba-tiba menghilangkan diri lepas cik dapatkan produk ni macam mana?

A: Eh tak boleh la macam tu. Nanti kalau ada masalah saya nak tanya dengan siapa?

B: Itu sebablah harga kami ni sesuai dengan servis yang kami beri. Lepas cik dapatkan produk ni, kami akan terus bersama cik.

Kami akan pastikan cik gembira sepanjang gunakan produk kami. Yang jual murah tu, lepas cik beli, dia kata good bye!

Jadi berbaloi ke cik bayar harga murah?

Anda boleh ulang langkah ni untuk perkara-perkara yang lain.

Lama-kelamaan faktor harga akan menjadi semakin tidak penting.

Anda pernah gagal menjual kepada prospek yang bagi alasan mahal la harga produk ni?

Klik sini untuk berjaya dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan tersebut.