A: Cuba minta staf puan guna teknik jualan ni. Teknik jualan Tanya Bos.

B: Macam mana tu tuan?

A: Prospek yang masuk butik puan mesti selalu tanya pasal diskaun kan?

B: Memang pun. Diorang selalu kata kalau ada diskaun baru beli.

A: Bila prospek minta diskaun, suruh staf puan jawab.

“Saya kena tanya bos dulu.”

B: Kenapa tuan? Tak boleh ke staf bagi je diskaun yang saya dah tentukan berapa.

A: Boleh je. Tapi itu kan staf puan dah biasa buat. Kita cuba teknik ni pula. Kita uji beberapa teknik. Baru kita tahu teknik mana paling berkesan untuk butik puan.

B: Okay. Lepas tu buat apa tuan?

A: Suruh staf masuk bilik puan. Lepas seminit baru jumpa balik prospek.

“OK saya dah tolong tanyakan untuk cik. Bos boleh bagi diskaun 5% untuk cik.”

B: Kalau prospek minta diskaun lagi?

A: Suruh staf cakap macam ni.

“Saya boleh tolong cik minta diskaun lagi. Tapi cik kena janji beli lepas saya tanya. Nanti saya minta diskaun banyak kali, lepas tu cik tak beli, saya boleh kena marah dengan bos. Cik mesti tak nak saya kena marah dengan bos kan?”

B: Ohh macam tu. Hmm betul juga. Saya kalau orang cakap macam tu mesti rasa bersalah. Rasa kesian pun ada. Hehe.

A: Kemudian ulang balik step tadi. Masa staf jumpa balik prospek minta dia cakap.

“OK cik. Saya berjaya dapatkan diskaun tambahan untuk cik. Bos bagi diskaun 10%. Takut juga tadi bos marah saya bila minta diskaun lagi. Mood dia baik kot. Tu yang dia bagi je.

B: Baik tuan.

A: Asasnya teknik jualan ni kita nak tunjukkan kepada prospek beberapa perkara.

Pertama, staf puan membantu prospek. Staf puan berada di pihak dia. Jadi prospek kena juga bekerjasama dengan membuat pembelian.

Kedua, diskaun adalah nilai yang berharga di butik ini. Bukan senang untuk dapat. Orang suka rebut benda yang susah dapat.

Ketiga, dapatkan diskaun adalah proses yang sukar. Jadi takdelah prospek nak minta diskaun berkali-kali. Lama pula kena tunggu dalam butik.

B: Jelas tuan. Saya akan cuba teknik ni dalam seminggu dua. Saya akan minta staf rekodkan keberkesanan teknik ni.

A: Bagus. Hujung bulan nanti saya akan datang lagi sini. Kita perbaiki mana yang kurang. Kalau perlu tukar teknik jualan, kita tukar.

Anda pernah gagal menjual kepada prospek yang bagi alasan kalau ada diskaun baru beli?

Klik sini untuk berjaya dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan tersebut.