“Sorry lah.. saya tak mampu nak bayar.”

Pernah tak prospek cakap macam ni kepada anda?

Apa anda jawab?

“Oh tak mampu ke? Takpe saya bayarkan.”

Mesti tak jawab macam atas ni kan? Haha..

Okay saya kongsikan apa patut anda buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.

=====

Pertama

Layankan je. Tunjukkan kita pun bersimpati di atas ketidakmampuan prospek.

Jangan kita pula yang terus 'give up' bila prospek kata macam tu.

Contoh:

A: Saya faham tuan. Bukan mudah untuk tuan buat keputusan kan.

Cuma saya nak tanya, semua persoalan tuan saya dah jawab kan?

Dan tuan pun tahu servis X ni adalah apa yang rumah tuan perlukan sekarang.

B: Betul. Tapi buat masa ni saya belum mampu nak bayar.

A: Takpe tuan. Saya faham.

Okay setel langkah pertama.

=====

Kedua

Cuba untuk dapatkan jualan dengan 2 skrip ini.

 

 

Skrip 1

A: Ye mungkin berat untuk tuan bayar sekali gus. Jadi saya nak bantu kurangkan beban tuan.

Apa kata tuan bayar secara ansuran. Tuan bayar selama setahun.

Jadi setiap bulan tuan cuma bayar seratus lebih je.

B: Bagus tu. Nak saya terus bayar beribu memang tak sanggup. Saya setuju.

Kebanyakan prospek susah untuk belanjakan duit yang besar. Jadi anda pecahkan jumlah besar tu menjadi kecil.

Jumlah kecil ini akan mengurangkan rasa beban kepada prospek.

 

Skrip 2

A: Apa kata kita buat mana yang boleh dulu. Yelah nak amik pakej servis yang standard tuan tak boleh.

Jadi tuan pilih servis mana yang perlu dibuat dulu supaya rumah tuan lebih selamat untuk diduduki.

Tuan pun boleh tengok cara kami buat kerja dulu. Bila tuan dah yakin dan bila tuan dah boleh amik pakej yang lengkap, kami datang lagi rumah tuan.

B: Saya suka cadangan ni. Kita buat mana penting dulu. Saya pun nak tengok hasil kerja awak dulu. Yang kurang penting kita buat kemudian.

Berikan prospek pilihan untuk dapatkan apa yang dia perlu dulu. Jadi prospek cuma perlu bayar apa yang dia dapat saja.

Selebihnya kita dapatkan kemudian.

 

Itulah dia 2 skrip yang boleh digunakan. Ubah suai ikut bisnes dan keadaan masing-masing ye.

Anda pernah gagal menjual kepada prospek yang bagi alasan saya tak mampu nak bayar?

Klik sini untuk berjaya dapatkan jualan daripada prospek yang bagi alasan tersebut.