Apa kesan buruk beri diskaun kepada pelanggan?

Taktik berikan diskaun harga boleh menyebabkan jualan kita melonjak naik dengan segera. Tapi kemungkinan untuk beri kesan buruk itu juga ada.

Antaranya adalah:

- Kebanyakan pelanggan yang membeli dengan harga diskaun adalah pelanggan yang memang sanggup untuk beli dengan harga biasa.

- Pelanggan akan menunda pembelian mereka dan menunggu promosi diskaun seterusnya.

- Secara tidak langsung kita telah ajar pelanggan kita untuk menerima rasuah.

“Saya bagi diskaun, awak beli barang. OK?”

=====

Ogivly & Mather adalah syarikat pemasaran dan antara yang terbesar di dunia. Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat.

Hasil daripada kajian tersebut mereka dapati syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.

=====

Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.

Tidak lah saya bermaksud untuk kita langsung tidak menggunakan taktik diskaun. Saya sendiri pun kadang-kadang berikan diskaun kepada pelanggan.

Cuma kita kena pastikan keuntungan kita semakin banyak apabila diskaun diberi. Bukannya makin sikit.

Ramai peniaga yang terlepas pandang. Lepas bagi diskaun, jualan naik. Maka dia ingat, untung pun naik. Padahal untung dah nipis sebab diskaun yang diberi.


Anda ada masalah harga seperti di bawah?

1) Tak tahu kira harga kos yang sebenar.

2) Takut naikkan harga nanti pelanggan lari.

3) Pesaing cantas harga jualan anda.

4) Pelanggan senyap lepas anda bagitahu harga.

5) Dan sebagainya.

Nak dapatkan tip-tip untuk selesaikan masalah ni?

Isikan emel, nama & klik butang biru sekarang.

Anda akan diberi tip-tip harga secara percuma.

 

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.