Kisah Tupai dan Pokok Tua

tupai
Si sebuah hutan belantara tinggal sekumpulan tupai yang sangat comel.. Pada suatu hari mereka terjumpa sebuah pokok yang sangat tua.. Pokok tersebut sangat tinggi, malah mungkin yang tertinggi di dalam hutan tersebut..

Seekor tupai mengajak kawan-kawannya berlumba untuk sampai ke puncak pokok tua itu.. Jadi dalam 30 ekor menyahut cabaran tersebut dan mula berlumba untuk sampai ke puncak.. Beberapa ekor tupai yang berada di bawah kerana tidak menyahut cabaran tersebut menjerit-jerit berkata,”Jangan dipanjat pokok tua ni.. Bahaya!’.

Selepas itu 10 ekor tupai terjatuh dari pokok tersebut.. Kemudian tupai di bawah tadi menjerit lagi, “Pokok tua ni terlalu tinggi. Kamu takkan sampai!”

Selepas itu 10 ekor tupai lagi terjatuh ke tanah.. Tupai yang di bawah tadi menjerit lagi,”Tak payah panjat lagi. Nanti kamu semua penat dan tiada tenaga hendak turun!”

9 ekor tupai juga tumpas dan hanya tinggal seekor yang masih terus berusaha memanjat ke atas.. Tidak lama selepas itu, tupai yang satu tersebut berjaya berada di puncak pokok.. Dia memandang ke bawah sambil melambai-lambai ke arah kawan-kawanya dengan gembira..

Apabila tupai tersebut turun ke tanah, tupai-tupai yang lain sibuk bertanya bagaimana dia mampu memanjat sehingga ke puncak.. Tetapi tupai tersebut tidak menjawab langsung soalan tersebut.. Akhirnya mereka semua sedar bahawa tupai yang berjaya sampai ke puncak pokok itu sebenarnya PEKAK!

Dalam kita mendaki puncak impian akan ramai yang memberi sokongan dan lebih ramai yang menghalang.. Pelbagai kata-kata negatif akan dilemparkan yang mampu membuatkan semangat kita luntur.. Kadang-kala kita terpaksa ‘buat bodoh’ atau pekakkan telinga dengan kata-kata negatif tersebut.. Jika perasaan kita terus melayan kata-kata tersebut, pasti kita akan tumpas di tengah jalan.. Kuatkan minda dan fokus akan halatuju kita.. Tukarkan kata-kata negatif itu sebagai satu cabaran bagi kita membuktikan impian sememangnya boleh di capai!

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.