Logo untuk bisnes anda

logo bisnes logo perniagaan

 

KFC, Mc D, Pepsi, Coca-cola, BMW, Honda dan banyak lagi bisnes antarabangsa mempunyai logo bisnes.

Contoh bisnes tempatan yang mempunyai logo bisnes pula seperti Petronas, Proton, al-Ikhsan, Jakel, KRU, Astro, Satay Kajang dan lain-lain.

Jadi apa pentingnya logo untuk bisnes anda?

Logo akan memberikan gambaran profesional untuk bisnes anda. Apabila anda mempunyai logo, bisnes anda akan dipandang tinggi walaupun sekadar beroperasi dari bilik tidur.

Manusia lebih mudah mengingati gambar daripada perkataan. Jadi ciptalah sebuah logo yang mudah untuk diingati oleh orang ramai. Sebaiknya logo tersebut tidak mempunyai lebih daripada 3 warna.

Tiada idea untuk mencipta logo? Lihat saja logo-logo bisnes yang ada disekeliling kita dan cuba dapatkan ilham.

Jadi bila saya boleh lihat logo bisnes anda?

 

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.