Masa Untuk Cermin Diri

cermin diri

Tahun 2012 akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda tahun ini?

 

Kini masanya untuk cermin diri. Bukan untuk lihat anda cun atau tidak. Saya yakin anda memang cun orangnya. hehe

 

Tapi untuk cermin di mana tahap kita dalam bidang tertentu. Contohnya anda mahu memulakan bisnes untuk tahun 2013 yang bakal menjelang. Cuba cermin di tahap mana ilmu bisnes yang anda miliki.

 

Adakah cukup untuk mencapai impian anda memulakan bisnes pada tahun baru nanti? Apa yang perlu ditambah atau diperbaiki bagi memastikan anda benar-benar dapat memulakan bisnes?

 

Ambil masa beberapa minit dan cermin dengan ikhlas diri anda. Untuk muslimin dan muslimat waktu selepas solat Subuh yang tenang sangat sesuai untuk buat ini.

 

Pastikan anda buat ye supaya di tahun baru nanti kita sama-sama boleh menjadi manusia yang lebih cemerlang lagi!

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.