Matlamat Tanpa Tempoh

matlamat hidup

Anda ada matlamat dalam hidup?

 

Jika ada, anda ada tetapkan tak tempoh tertentu matlamat tersebut mesti dicapai?

 

Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau tiada, OMG!

 

Ramai antara kita yang takut untuk meletakkan tempoh ataupun dateline bila matlamat tersebut kena dicapai atas sebab tertentu. Antaranya ialah takut jika ianya tidak tercapai pada tarikh yang ditetapkan.

 

Dengan adanya dateline, ini akan memberi sedikit tekanan positif supaya anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

 

Jika ditakdirkan anda gagal menepati tempoh yang ditetapkan, tidak mengapa. Tetapkan tempoh baru dan berusaha dengan lebih gigih dan bijak lagi. Paling penting, tetapkan matlamat yang realistik!

 

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.