Melabur emas, melabur ASB, melabur perak atau melabur dalam Public Mutual?

melabur pelaburan

Hish melabur apa ni? hehe

Maksudnya melabur duitlah. Ramai juga yang tanya saya di mana tempat terbaik untuk melabur.

Saya beri jawapan yang cukup ikhlas dan mudah. Laburlah pada diri sendiri. Laburkan duit untuk memberi tambah nilai pada diri anda!

Haa macam mana tu? OK saya berikan contoh.

Saya minat dalam bidang bisnes. Maka ilmu bisnes tertentu yang saya tidak miliki, saya akan hadiri seminar atau bengkel untuk mempelajarinya.

Mungkin dengan melabur RM5,000 ke institusi kewangan, melabur emas, melabur ASB, melabur perak atau melabur dalam Public Mutual saya akan memperolehi pulangan dalam 10% ke 20%. Tapi saya boleh dapat pulangan lebih lagi jika melaburkan duit untuk otak bisnes saya ni. Malah jumlah pulangannya tiada had sehingga ke 1000%!

Selain itu, saya juga suka melaburkan duit saya untuk buku-buku bisnes tempatan dan antarabangsa. Jika saya sibuk, saya boleh baca saja buku-buku bisnes tersebut di rumah sebelum tidur. Ilmu-ilmu bisnes yang saya telah serap dalam program tersebut, akan kekal selamanya bersama saya.

Ilmu-ilmu itu akan terus digunakan bagi memperkembangkan bisnes dan membina bisnes yang baru. Secara tidak langsung, pendapatan pun akan turut berlipat kali ganda.

Oleh itu jangan berkira untuk melaburkan duit anda untuk memberi tambah nilai pada diri sendiri. Cuba buat pelaburan pertama anda hari ini dan lihat hasilnya!

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.