Memberi untuk menerima

memberi untuk menerima
Biasakan dengar ayat ni? Lumrah hidup manusia, mudah untuk memberi bila tahu akan menerima balasan.. Jangan beri rasuah sudah la ye..

Dalam berkomunikasi juga kita perlu memberi dahulu sebelum mengharap untuk menerima sesuatu yang kita hajati.. Mana boleh kita keluarkan duit daripada tabung jika kita tidak rajin memasukkan duit ke dalamnya.. =)

Mari kita lihat contoh di bawah:

Meminta tanpa memberi Memberi untuk menerima
Saya belum siapkan projek perumahan yang pertama. Boleh tak encik luluskan belanjawan untuk projek perumahan yang ke dua dulu?

(Bos: Mungkin tidak!)

Saya sudah menyiapkan projek perumahan yang pertama. Boleh tak encik lulukan belanjawan untuk projek perumahan yang ke dua pula?

(Bos: Sudah semestinya!)

Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Boleh tak saya minta cuti untuk membawa anak-anak saya berjalan-jalan ke Singapura? Balik dari sana nanti saya akan siapkan kerja yang tertangguh.

(Bos: Saya bagi awak cuti sampai bila-bila..)

Sudah lama anak-anak saya tidak pergi bercuti. Saya akan siapkan kerja ini secepat mungkin kerana saya tahu ia penting untuk syarikat. Selepas itu boleh tak saya ambil cuti seminggu untuk bawa anak-anak saya berjalan?

(Bos: Jangan lupa belikan saya ole-ole..)

Jadi sebelum anda mahu meminta sesuatu daripada seseorang, pastikan dulu yang anda ada memberi sesuatu yang bermakna.. Keinginan kita akan lebih mudah tercapai begitu..

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.