Mudahnya kira untung bersih!

Katakan anda jual X.

Harga jualan X adalah RM140.

Berapa anda boleh dapat untung bersih?

 

1) KOS NYATA

+ kos ni ramai peniaga nampak dan tahu

Contoh:

Kos produk = RM50

Kos pos = RM10

 

Kos nyata = RM50 + RM10

Kos nyata = RM60

 

2) UNTUNG KASAR

Untung kasar = Harga jualan – Kos nyata

Untung kasar = RM140 – RM60

Untung kasar = RM80

 

Ramai peniaga teruja dengan untung kasar yang nampak banyaaaak ni.

Padahal ada lagi kos-kos lain yang perlu diambil kira.

 

3) KOS TERSEMBUNYI

+ kos ni ramai peniaga terlepas pandang

Contoh:

Gaji = RM7

Petrol = RM10

Tol = RM2

Parking = RM1

Iklan = RM20

Ntah apa benda lagi = RM5

 

Kos tersembunyi = RM7 + RM10 + RM2 + RM1 + RM20 + RM5

Kos tersembunyi = RM45

 

4) UNTUNG BERSIH

Untung bersih = Untung kasar – Kos tersembunyi

Untung bersih = RM80 – RM45

Untung bersih = RM35

 

Untung bersih ni simpan untuk bisnes anda. Gunakan untuk kembangkan lagi bisnes anda.

 

KLIK SINI SEKARANG

 

Berapa kos bisnes anda sehari?
Pelanggan tak lari lepas naikkan harga.

Anda boleh komen di bawah: