Nombor paling kiri pengaruh pelanggan membeli.

Ada sebuah kajian. Namanya Left Digit Effect. Dibuat oleh Morwitz dan Thomas.

RM5.99 vs RM6.00

Manusia baca bermula dari kiri. Dalam harga RM5.99, kita nampak nombor 5 dulu.

Jadi bila kita bandingkan RM5.99 dengan RM6.00, otak kita rasa RM5.99 lebih murah. Padahal beza 1 sen je. Bukannya RM1.

 

Ada sebuah artikel. Bertajuk The Psychology of Pricing.

Website Microsoft jual Windows. Lihat harga.

Bila dilihat pada harga, $319.95 nampak jauh lebih mahal dari $299.95. Padahal beza cuma $20.

Harga $299.95 dengan harga $259.95, nampak lebih kurang sama. Padahal beza harga $40.

Kenapa jadi macam ni?

Faktor nombor paling kiri.

$319.95 dengan $299.95 nampak beza sangat harganya daripada $299.95 dengan $259.95.

Otak kita dikelirukan dengan nombor paling kiri.

Sekarang anda dah faham?


KLIK SINI SEKARANG

 

Goda pelanggan dengan harga murah.
Macam mana nak jual barang mahal?

Anda boleh komen di bawah: