Pelanggan anda blur nak beli yang mana?

Pernah tak anda berdepan dengan pelanggan yang blur?
Dia tak tahu nak pilih yang mana.

“Hmm yang mana ek? Nak beli yang tu ke yang ni?”

Apa yang menyumbang kepada situasi tersebut?

Antaranya ialah pelanggan mempunyai terlalu banyak faktor berbeza untuk dipertimbangkan.
Minda pelanggan boleh jadi bercelaru nak fikirkan semuanya.

Paling malang apabila pelanggan pilih untuk berhenti berfikir dan putuskan untuk tidak membeli.
Apa boleh anda buat untuk mengelakkan kejadian malang ni berlaku?

“Kalau pelanggan ada banyak benda berbeza kena pikir, kita kurangkanlah benda-benda tu.”

Contoh?

“Katakanlah orang yang jual t-shirt. 1 warna putih, 1 warna hitam. Biar dua-dua t-shirt ni sama harga. So takdelah banyak benda berbeza yang pelanggan kena pikir.”

Muktamad?

“Err ye kot. Hehe..”

Dalam kajian yang dibuat oleh Yale University, itu mungkin bukan tindakan yang betul.

Kumpulan A diminta untuk beli atau tidak chewing gum X dan chewing gum Y.

X = 63 sen
Y = 63 sen

46% daripada kumpulan A beli.

Sekarang kumpulan B pula diminta untuk beli atau tidak chewing gum X dan chewing gum Y.
Harga chewing gum X dan Y berbeza kali ni.

X = 62 sen
Y = 64 sen

77% daripada kumpulan B beli.
Ini perbezaan yang jauh lebih besar daripada kumpulan A!

Ini mungkin apa yang bermain dalam fikiran kumpulan A:

“Nak beli chewing gum yang mana ni? Macam sama je? Mana lagi sedap? Yang tu ada sijil halal? Yang ni ada KKM tak? Ish nantilah aku fikir dulu.”

Ini pula apa yang bermain dalam fikiran kumpulan B:

“Oh yang ni 62 sen je. Amik yang nilah.”
“Beli yang 64 sen lah. Mesti lagi sedap.”

“Oh kalau macam tu kita jual t-shirt tadi dengan harga lain-lain lah. Putih RM28. Hitam RM30.”

Ya boleh juga. Kemudian lihat ada perbezaan jualan tak lepas cara ni dicuba.

Pelanggan akan buat keputusan pembelian atas faktor-faktor tertentu.
Anda kena cuba bantu pelanggan buat keputusan pembelian. Mudahkan proses pembelian mereka.
Harga berbeza untuk produk atau servis yang lebih kurang sama antara cara yang boleh anda pertimbangkan.

 

Dapatkan Sekarang

 

Anda boleh komen di bawah: