Pelanggan tak lari lepas naikkan harga.

Kos untuk keluarkan produk & berikan servis kepada pelanggan semakin hari semakin meningkat.

Tapi kebanyakan peniaga takut untuk naikkan harga jualan.

Sebab nanti bila naik, pelanggan lari katanya.

Tapi kalau pelanggan tak lari dan bisnes rugi pun apa gunanya kan?

Ini 6 tip mudah untuk naikkan harga tanpa pelanggan lari dan bisnes kekal untung.

 

1) Terbukti

Naikkan harga apabila terbukti produk & servis anda memang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Apabila majoriti pelanggan anda berikan respon positif, ini petanda anda boleh naikkan harga.

Harga bukan isu untuk produk & servis yang terbukti membantu.

 

2) Ekstra

Pelanggan tak kisah untuk bayar ekstra jika mereka tahu akan dapat sesuatu yang ekstra juga.

Anda mungkin tak perlu menambah kos pun untuk beri sesuatu yang ekstra ni.

Contoh:

Jika cik dapatkan krim ini daripada kami, kami akan emelkan tip kecantikan secara percuma selama sebulan.

 

3) Saiz

Katakan anda buat coklat saiz 10 cm. Harganya RM2.

Anda boleh naikkan harga tanpa mengubah harga. Macam mana tu?

Anda ubah saiz. Jadikan ke 8-9 cm saja.

Kebanyakan pelanggan tak perasan pun perubahan ni.

Yang tahu pun, tak kisah. Sebab bukan banyak pun perubahan yang dibuat.

Sebahagian pelanggan memang sanggup dapat kurang daripada bayar lebih.

Pastikan pelanggan tahu perubahan ni.

 

4) Pakej

Sebelum ni untuk dapatkan 10 barang pelanggan perlu bayar RM100.

Anda nak naikkan harga jadi RM120. Buat pakej baru.

10 barang = RM120

8 barang = RM100

Pelanggan yang nak barang seperti biasa tak kisah bayar lebih.

Pelanggan yang sensitif dengan harga dan tetap mahu bayar harga sama boleh ambil 8 barang.

 

5) Diskaun

Selepas naikkan harga, anda boleh tawarkan diskaun pada masa tertentu.

Harga diskaun ni sama macam harga lama.

Contohnya anda boleh tawarkan diskaun ni pada hari istimewa.

Hari Merdeka ke, Hari Wilayah ke, Hari Raya ke dan sebagainya.

Jadi pelanggan yang masih mahu beli dengan harga lama boleh beli pada masa tertentu saja.

 

6) Pelanggan Baru

Anda nak naikkan harga, anda mungkin perlu dapatkan pelanggan baru.

Contoh:

Produk & servis dengan harga lama, anda sasarkan kepada pelanggan yang berpendapatan rendah.

Apabila anda naikkan harga, golongan ini mungkin tak ramai yang mampu beli.

Jadi anda kena cari pelanggan baru dari golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi.

Setiap lapisan pelanggan ini mempunyai selera yang berbeza.

Jadi pastikan anda memenuhi selera tersebut.

 

 

KLIK SINI SEKARANG

 

 

Mudahnya kira untung bersih!
Pelanggan senyap lepas tahu harga. Apa anda boleh buat?

Anda boleh komen di bawah: