Wahai owner produk,
Mudahkanlah stokis dan ejen anda untuk menjual dengan lebih banyak.

Jangan menyusahkan usaha mereka untuk tambahkan pelanggan.

Sepanjang saya mengajar tentang psikologi harga, saya ada mendapat aduan daripada stokis atau ejen.

Katanya, cara owner produk atau HQ meletakkan harga tak membantu mereka untuk mudah menjual.

Maka berlakulah stok berlonggok di bawah katil atau terperam di dalam stor.

Siapa yang rugi apabila ini berlaku? Owner produk dan HQ sendirilah.

Sekarang saya nak kongsikan 1 taktik psikologi harga yang boleh anda gunakan untuk bantu stokis dan ejen.

Taktik ini telah digunakan oleh seorang pengguna panduan psikologi harga hingga menyebabkan jualannya naik 5 kali ganda!

 

Ada sorang mat salleh ni nampak 1 iklan pelik.
Iklan tu daripada The Economist.
Iklan tu tulis:

Pakej Langganan Setahun
A) Online = $59
B) Majalah = $125
C) Online + Majalah = $125

 

Dia pelik.

“Eh kenapa pakej B dan C sama harga?”

Dia pun telefon pejabat The Economist untuk kepastian.
Tapi dia hampa sebab tak dapat jawapan daripada mereka.
Jadi apa dia buat?

 

Sebagai seorang profesor dari Duke University, akhirnya dia buat kajian sendiri supaya tidak terus dibelenggu persoalan.

Dia tunjukkan iklan yang sama kepada 100 pelajar dan tanya.

“Awak pilih yang mana?”

Hasil kajian:

A) Online = $59 : 16%
B) Majalah = $125 : 0%
C) Online + Majalah = $125 : 84%

Anda dapat lihat yang majoriti pilih pakej Online + Majalah dan tak ada yang pilih pakej Majalah saja.

“Kalau dah takde orang amik pakej Majalah, baik aku buang.”

 

Dia pun buang pakej Majalah. Jadilah macam ni:

A) Online = $59
B) Online + Majalah = $125

Dia bagi iklan pakej baru ni kepada 100 pelajar yang lain.
Apa jadi?

A) Online = $59 : 68%
B) Online + Majalah = $125 : 32%

Pakej Online yang dulu cuma 16%, naik jadi 68%.
Pakej Online + Majalah yang dulu 84%, turun jadi 32%.

 

Kesimpulannya?

Ini mungkin apa 100 pelajar pertama fikir:
“Kalau harga dah sama, baik aku langgan pakej Online + Majalah. Rugi kalau langgan pakej Majalah je.”

Ini pula apa yang 100 pelajar kedua fikir:
“Mahalnya pakej Online + Majalah. Amik pakej Online jelah. Murah sikit.”

 

Pakej Majalah saja, seolah tak berguna. Sebab tak ada yang nak langgan.
Tapi sebenarnya ia sangat berguna untuk memudahkan pelanggan buat keputusan membeli hanya berdasarkan harga.
Tanpa pakej tersebut, ramai orang akan langgan pakej termurah.
Siapa yang rugi?

 

"Tapi macam mana kalau saya cuma ada 1 jenis produk? Boleh guna ke taktik psikologi harga yang ni?", soal owner produk.

Eh boleh. Yang ada banyak produk boleh, yang ada 1 jenis produk pun boleh guna. Kena adjust sikit je. Ini saya tunjukkan contoh.

Pakej Produk X
A) 1 unit X = RM60
B) 2 unit X = RM120
C) 3 unit X = RM150

Pakej B dan C tak perlu sama harga. Tapi dekatkan beza harga supaya pelanggan rasa alang-alang nak beli baik ambil pakej C terus. Tambah duit sikit je lagi.

 

Daripada kajian taktik psikologi harga ini, harap anda dah dapat idea bagaimana untuk meletakkan harga yang boleh bantu stokis dan ejen mudah menjual dan dapat lebih untung.

Jadilah seperti Tuan Hisyamudin yang belajar dulu tentang psikologi harga sebelum nak buat produk sendiri.

Sudah pasti anda akan dapat para stokis dan ejen yang mampu menjual lebih banyak daripada biasa.

Mesti anda rasa bangga dapat bantu mereka dan diri sendiri.

Kalau sekarang anda jual 1,000 unit sebulan, jangan terkejut akan jadi 30,000 unit sebulan.

 

Anda nak stokis dan ejen menjual lebih banyak daripada biasa?

Klik link di bawah sekarang:

>> Ye saya nak ejen dan stokis jual lebih banyak daripada biasa! <<

 

"Saya banyak gunakan semua tip-tip yang tuan bagi. Daripada tip XXXXX, tip XXXXX, sampaikan tip XXXXX. Total sales 10 hari berjumlah RM58,000.", Zafirah

"Saya beli panduan Psikologi Harga untuk mengelakkan rugi dan meningkatkan keuntungan. Saya gunakan taktik XXXXX dan taktik XXXXX. Ada peningkatan keuntungan. Meningkat 2 kali ganda juga.", Unding Saling

"Saya beli panduan Psikologi Harga sebab nak tahu sama ada taktik saya kenakan harga itu betul atau tak. Kalau tak betul nak cari cara perbaiki. Saya try untuk 2 minggu. Ada yang menjadi. Saya menggunakan taktik XXXXX. Customer memilih produk pada kedudukan itu walaupun mahal. Dan juga taktik XXXXX. Cara dulu tak laku. Tapi sekarang laku.", Johan

 

Anda nak stokis dan ejen menjual lebih banyak daripada biasa?

Klik link di bawah sekarang:

>> Ye saya nak ejen dan stokis jual lebih banyak daripada biasa! <<