"Saya terlalu cepat beri diskaun dan jual murah kepada pelanggan. Kawan-kawan nasihatkan saya supaya jangan terlalu pemurah dengan pelanggan, nanti tak maju."

Salah ke apa Tuan Mus buat ni? Suka sangat bagi diskaun kepada pelanggan.

Oh ye. Tuan Mus ni buat servis dan jual produk elektronik. Macam komputer. Macam henfon tu semualah.

Jadi berbalik kepada soalan saya tadi. Salah ke nak bagi diskuan kepada pelanggan?

Pendapat saya tak salah. Tapi caranya kena betul supaya pelanggan hargai diskaun yang anda bagi.

Saya bagi contoh 2 taktik psikologi harga yang boleh anda guna supaya pelanggan hargai diskaun yang diberi.

 

1) Bagi sebab kenapa anda bagi diskaun.

Contoh:

Anda bagi diskaun sepanjang bulan Ogos sempena menyambut bulan Kemerdekaan.

Jadi pelanggan akan tahu yang diskaun tersebut bukan perkara yang normal dan tak selalu berlaku.

Pelanggan pun takkan gunakan harga diskaun tersebut sebagai rujukan untuk pembelian akan datang.

 

2) Anda bagi diskaun secara berkala.

Contoh:

Minggu 1 = Diskaun 40%

Minggu 2 = Diskaun 30%

Minggu 3 = Diskaun 20%

Minggu 4 = Diskaun 10%

Bagi berkala macam ni. Jangan bagi setiap minggu % yang sama. Apa jadi bila anda buat macam ni?

Pertama, keuntungan lebih tinggi.

Kedua, pelanggan lebih mudah untuk bayar.

Ketiga, pelanggan lebih bermotivasi untuk bertindak segera.

 

Sebenarnya sekarang Tuan Mus dah tak lagi bergantung kepada diskaun untuk buat pelanggan membeli.

Dia pun dah tak takut dengan persaingan harga sampai terpaksa beri diskaun selalu. Beri sekali-sekala je. Dan beri ikut panduan yang saya bagi.

 

Anda suka bagi diskaun kepada pelanggan macam Tuan Mus?

"Ye saya pun suka bagi diskaun!"

Anda nak tahu cara betul bagi diskaun kepada pelanggan supaya bisnes untung dan tak rugi?

"Ye saya nak bisnes untung lepas bagi diskaun, bukannya rugi!"

Klik link di bawah sekarang:

"Saya nak bagi diskaun dengan cara betul kepada pelanggan supaya bisnes saya untung dan bukannya rugi!"