Psikologi harga untuk bisnes makanan.

Hari tu saya lapar. Saya pun pergi makan kat Tapak.

Tau tak Tapak tu apa?

Tapak tu Food Truck Park kat KL. Situ ada banyak food truck yang jual macam-macam makanan.

“Hmm apa aku nak makan ni?”

Pening jugaklah pilih nak makan apa. Ada lebih kurang 30 food truck. So berpusing-pusing tengok nak makan apa.

Dalam kepala memang tak ada plan nak makan apa malam tu. Mana rasa best, itulah yang nak diorder.

Dari satu food truck ke satu food truck saya tengok.

Ada 1 perkara yang menarik perhatian saya.

MENU!

 

Ada food truck yang tulis menu mereka macam ni:

Makanan A      RM9
Makanan B      RM15
Makanan C      RM20

Ada food truck yang tulis menu mereka macam ni:

Makanan A      9
Makanan B      15
Makanan C      20

Anda rasa ada apa-apa kesan ke dengan perbezaan gaya menu ni?

“Takde kot. Kot lah.”

Kalau ikut kajian yang telah dibuat oleh Cornell University, ada!

RM = Duit

Duit Hilang = Sakit

Kita akan rasa sakit apabila kehilangan sesuatu.

Apabila lambang duit seperti RM dibuang, ia akan mengurangkan rasa ‘sakit’ untuk membayar.

 

Selain daripada buang RM, apa lagi cara untuk menghilangkan rasa sakit untuk membayar?

“Jadi kaya.”

Betul. Tapi ini lagi 1 tip yang boleh anda cuba.

Tuliskan harga dalam perkataan macam ni:

Makanan A       Sembilan Ringgit
Makanan B       Lima Belas Ringgit
Makanan C       Dua Puluh Ringgit

“Oh gitu.. lagi lagi.”

 

Kebanyakan food truck yang saya tengok malam tu tulis menu cara COLUMN PRICING:

Makanan A…..RM9
Makanan B…..RM15
Makanan C…..RM20

Gaya menu macam ni memang popular. Dah jadi turun temurun.

Jadi apa masalahnya?

Masalahnya ialah pelanggan akan lebih cenderung untuk perhatikan senarai harga di kanan menu tu dulu.

“Mana satu yang paling murah ek?”

Sepatutnya kita nak pelanggan lebih tumpukan perhatian kepada makanan.

Jadi boleh cuba guna NESTED PRICING.

Ubah sikit menu jadi macam ni:

Makanan A
Bla bla bla sedap
9

Makanan B
Bla bla bla pedas
15

Makanan C
Bla bla bla organik
20

“Nama makanan ni macam sedap. Terliur pulak aku baca description dia.”

Kita nak pelanggan buat keputusan pembelian disebabkan produk dan penerangan kita tentang produk.

Jadi pelanggan taklah berminat nak pilih makanan paling murah je.

 

Kalau anda ada gerai makan ke, cafe ke, restoran ke, boleh la cuba psikologi harga yang saya dah share ni.

Kalau tak ada pun tak apa. Asalkan bisnes anda ada tayangkan harga pada pelanggan, cubalah!

 

Anda rasa sedih jualan bisnes tak banyak?

Klik sini sekarang untuk gunakan 23 psikologi harga supaya jualan anda lebih banyak daripada biasa!

 

Beza margin untung & markup untung.

Anda boleh komen di bawah: