Rahsia harga pakej terbongkar!

Ada sorang mat salleh ni nampak 1 iklan pelik.
Iklan tu daripada The Economist.
Iklan tu tulis:

Pakej Langganan Setahun
A) Online = $59
B) Majalah = $125
C) Online + Majalah = $125

 

Dia pelik.

“Eh kenapa pakej B dan C sama harga?”

Dia pun telefon pejabat The Economist untuk kepastian.
Tapi dia hampa sebab tak dapat jawapan daripada mereka.
Jadi apa dia buat?
Sebagai seorang profesor dari Duke University, akhirnya dia buat kajian sendiri supaya tidak terus dibelenggu persoalan.

 

Dia tunjukkan iklan yang sama kepada 100 pelajar dan tanya.

“Awak pilih yang mana?”

Hasil kajian:

A) Online = $59 : 16%
B) Majalah = $125 : 0%
C) Online + Majalah = $125 : 84%

Anda dapat lihat yang majoriti pilih pakej Online + Majalah dan tak ada yang pilih pakej Majalah saja.

“Kalau dah takde orang amik pakej Majalah, baik aku buang.”

 

Dia pun buang pakej Majalah. Jadilah macam ni:

A) Online = $59
B) Online + Majalah = $125

Dia bagi iklan pakej baru ni kepada 100 pelajar yang lain.
Apa jadi?

A) Online = $59 : 68%
B) Online + Majalah = $125 : 32%

Pakej Online yang dulu cuma 16%, naik jadi 68%.
Pakej Online + Majalah yang dulu 84%, turun jadi 32%.

 

Kesimpulannya?

Ini mungkin apa 100 pelajar pertama fikir:
“Kalau harga dah sama, baik aku langgan pakej Online + Majalah. Rugi kalau langgan pakej Majalah je.”, kata Zayn Malik.

Ini pula apa yang 100 pelajar ke dua fikir:
“Mahalnya pakej Online + Majalah. Amik pakej Online jelah. Murah sikit.”, kata Taylor Swift.

 

Pakej Majalah saja, seolah tak berguna. Sebab tak ada yang nak langgan.
Tapi sebenarnya ia sangat berguna untuk memudahkan pelanggan buat keputusan membeli hanya berdasarkan harga.
Tanpa pakej tersebut, ramai orang akan langgan pakej termurah.
Siapa yang rugi?

 

 

KLIK SINI SEKARANG

 

 

Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?
Asingkan harga penghantaran atau sekalikan saja?

Anda boleh komen di bawah: