Seminar Pembangunan Diri dan Komunikasi

Pada minggu lepas saya telah dijemput untuk menjadi ahli panel pada Seminar Pembangunan Diri dan Komunikasi di UiTM, Shah Alam.. Dengan hati yang terbuka, saya menerima jemputan tersebut.. UiTM di hatiku kannn..

 

Seminar tersebut telah berlangsung di Fakulti Pengurusan Perniagaan.. Ia dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar-pelajar yang marvellous! Untuk melihat wajah-wajah yang marvellous tu, boleh la ke Facebook saya..

 

Antara topik yang dikongsikan pada seminar tersebut ialah ‘Online Customer Service’ atau Khidmat Pelanggan Atas Talian.. Memandangkan perniagaan secara online telah lama saya jalankan, maka topik sebegini petik jari je.. hehe

 

Alhamdulillah, suka saya bila ramai pelajar yang angkat tangan bila saya tanya siapa yang berminat untuk menjadi usahawan.. Saya harap cita-cita dan semangat mereka itu diteruskan.. Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan mampu memberi tambah nilai terhadap cita-cita mereka.. Jangan lepas dah keluar universiti, angkat bendera putih pula!

Boleh tanya soalan di bawah. Tiada caj dikenakan.