Saya belajar kira kos yang sebenar melalui panduan tuan.

Sebelum ni saya ingatkan kos 1 unit produk saya adalah RM2.

Rupanya kos sebenar adalah RM9.55.

Patut la selama ni berniaga tak meningkat-meningkat.

Terima kasih tuan atas ilmunya. InsyaAllah pahalanya akan berterusan sampai akhirat.

Daripada Muhammad Uwais (pengguna Panduan Strategi Harga)


Anda buat bisnes kan? Buat bisnes mesti nak untung kan?

Kalau nak tahu untung ke tidak, mesti tahu kira kos!

Saya dah jumpa ramai orang yang cuma perasan dia untung.

Padahal rugi dalam tak sedar. Sebab apa?

Sebab salah kira kos.

Kos ni terbahagi kepada 2.

Pertama, kos tetap.

Kedua, kos berubah.

Apa beza 2 kos ni?

Secara ringkas, kos tetap adalah kos yang tidak berubah mengikut peningkatakan jualan.

Kos berubah pula adalah kos yang berubah mengikut peningkatan jualan.

Apa contoh kos tetap?

Contohnya macam sewa kedai, gaji, internet, hutang bank dan sebagainya.

Apa contoh kos berubah?

Contohnya macam stok produk, marketing, komisyen ejen, bahan mentah dan sebagainya.

Lepas kita dah kira semua kos ni, baru lah kita boleh tetapkan harga jualan.

Kalau tak, mungkin harga jualan kita tu tak dapat cover pun kos kita.

Rugilah jadinya!

Anda nak kira kos dengan betul & tetapkan harga jualan yang menguntungkan?